Zaman sekolah menengah dulu, kerap dengar cite ni. Betapa Attartuk ni dimurkai sampai tak diterima bumi. Masa tu tny juga balik apa maksudnya tak diterima bumi?
Jawapan masa tu, bila ditanam je Attartuk ni nanti tanah tu akan muntahkan balik jasad Attartuk. Aku yg masa tu penonton tetap Tanah Kubur kat Astro Oasis pn percaya lah cite ni.
Aku tanya juga sambungan masa tu. Jenazah tu akhirnya jadi apa? Jawapan masa tu, akhirnya diletak je atas tanah dan dibina binaan sekelilingnya. Mcm logik.
Tapi lepas sekian lama kita baca. Kita mendapati, Attartuk yg kita benci ni sebenarnya diangkat sgt tinggi oleh rakyat² Turkiye. Bg mereka ketokohan Attartuk itu sgt ulung. Kalau Msia mengangkat Tunku Abd Rahman kerana dia bapa kemerdekaan, Attartuk juga diangkat tp lebih gah lagi.
Kuburnya dibina dua tingkat dan dibina di dalam banggunan khas. Org awam hny boleh ziarah bahagian atas manakala bahagian bawah ialah khas org² tertentu. Dia tak disemadikan dgn hina oleh manusia sebaliknya disemadikan penuh hormat.
Adakah kerana dimakamkan sebegitu gah maka dia selamat di alam sebelah sana? Belum tentu. Apa pn keadaannya, mengkhaskan ritual tertentu di kuburan sesiapa, tidak ada contohnya dlm syariat.
Rangkuman saya, benarlah kata sahabat saya Abu Zinnirah . Antara pintu fitnah yg besar itu dtg dlm pengurusan kematian.
Taufiq Tuah
10.01.26 | 20.07.47
Comments
Post a Comment