Viral tentang Brigade 8200 yang ZRA sebut dlm videonya. Brigade yg diberi dana besar oleh Isroil utk buat perang siber (cybertroopers Isroil). Apa depa ni sebenarnya?
Awalnya masa negara haram Isroil dibina, mereka terus tubuhkan Unit 515. Unit 515 ni antara tugasnya ialah memintas komunikasi tentera² Arab. Pada tahun 1952, Unit 515 distruktur semula sebagai Unit 8200 (atau ZRA sebut Brigade 8200) di bawah Directorate of Military Intelligence.
So apa yg Unit 8200 ni buat? Banyak lah. Antaranya ingat tak Perang Enam Hari yang gabungan tentera Arab kalah tu? Antara faktornya ialah sbb Unit 8200 dapat pecahkan komunikasi Mesir, Syria dan Jordan. Jadi Isroil dpt tahu stratergi musuh lebih awal.
Perang Lubnan pertama, Unit 8200 ni dpt pantau komunikasi PLO, Syria dan Lubnan. Masa Intifadah pertama pun mereka dapat pantau komunikasi intifada di Tebing Barat dan Gaza.
Tahun 2000, Unit 8200 dah start guna siber. 2010, mereka dah mula guna tektik siber secara besar-besaran. Bukan setakat cybertroopers je. Tapi memang ambil data dari siber tu. Antaranya ialah data peribadi dan populasi penduduk Palestin.
Benda ni kantoi masa 2014 masa 43 orang bekas anggota unit ni bantah penyalah gunaan data peribadi rakyat Palestin.
Start tahun 2020, diorang dah mula guna AI. Diorang boleh buat ribuan senarai target secara automatik.
Jelas bila kita sebut depa ni 'cybertroopers', mereka bukan saja tentang fake account yg kutuk² Palestin. Itu mungkin sekelumit kecil je dari apa mereka buat. Sebaliknya mereka juga ialah pengintip, penggodam dan pembantu tentera.
Apa beza Unit 8200 dengan MOSSAD? MOSSAD ni mcm CIA lah kononnya. Banyak guna ejen manusia. Ditebarkan ke banyak negara. Unit 8200 pula mmg fully guna komputer. Dan mereka direct di bawah IDF.
Ada yang kata yang boleh kalahkan Unit 8200 ni ialah Unit Tentera Bawang Malaysia. Sebenarnya tak cukup. Come on para hackers dan Anonymous Malaysia. Kalau nak mulakan serangan ke sana, anda lah yg paling mampu buat masa ini.
Taufiq Tuah
04.10.25 | 11.04.47
Comments
Post a Comment