Sekarang tengah khabar angin, stok minyak semakin kurang, harga emas pula sedang jatuh sedikit di dalam konflik. Jadi adalah cadangan² utk panic buying.
Ada yg kata kena beli minyak cepat, di tmpt saya ni pun ada stesen minyak yg dah letak kon sbb katanya takde suply (bak kata org setempat). Sahih atau tak, yg pasti org Malaysia pun makin gusar.
Ada yg dah beratur kt kedai Emas. Semua nak panic buying emas juga. Haha. Di Tiktok dah mula dah posting² suruh simpan beras banyak dalam stor. Siap ada video ajar cara jaga barang simpan yg boleh tahan lama. Makanan² yg sesuai di stor lama dsn.
Pandangan saya, ini ialah view yg tak sihat. Saya nasihatkn agar kita JANGAN panic buying. Kita dah merasa susah ketika org panic buying musim Covid-19 dulu dan jelas ia tak memberi manfaat kpd sesiapa. Terutamanya ketika kerajaan sendiri sebut stok bekalan cukup utk semua.
"Apa masalah panic buying? Kalau kita takde stok, bukan org lain nak tolong kita pun!" Saya akan jawab pd dua aspek.
1. Bayangkan semua orang panic buying beras. Kalau boleh nak simpan untuk 2 tahun punya makan. Stok beras akan jadi sikit tapi demand tinggi. Silap langkah, harga beras akan naik.
Yg boleh simpan stok banyak² ni pula pastinya org yg ada duit. Jadi yg miskin, mereka takda peluang untuk dapat beras pun. Kerana beras yg pttnya jd bekalan utk dia beli, ada dekat stor rumah kita.
Akhirnya shortage berlaku sbb panic buying tu sendiri.
2. Lihat pada maslahat itu, maka alasan "kalau kita tak cukup, orang lain bukan nak bantu" bukanlah alasan yg layak. Sedangkn kita juga menzalimi org lain tanpa sedar.
Dalam kerangka usul fiqh juga, "ditanggung mudarat khusus (individu) untuk menolak mudarat umum (masyarakat)".
Maka mengumpulkan stok utk kita sendiri, ketika ia memudaratkan masyarakat amatlah tak wajar.
Nasihat saya, ya kita risau. Ya kita khuatir. Tapi jangan panic buying. Insyaallah semuanya baik-baik aja. Jika kita semua keep it steady, insyaallah keadaan seperti negara² lain dapat dielakkan.
Bayangkan jika rakyat Filipina tak panic buying minyak haritu, pastinya stok kegunaan minyak dlm negara mereka dapat bertahan lebih lama. Mungkin saja sempat untuk kerajaan Filipina memikirkan alternatif lain dalam isu itu. Wallahualam.
Taufiq Tuah
04.04.26 | 15.10.47
Comments
Post a Comment