Maaf cakap, tapi yg tegur kesalah orang lepas tu nak selit dengan makian ni sebenarnya komunikasi toksik. Dalam bahasa kampungnya, mulut longkang.
Mungkin lah sahabat tu tersalah cakap atau tulis. Atau mungkin lah dia tak sepandangan dengan kita. Tapi kita ni pula nak tegur, "apebende pulakk ni. Sebenarnya mcm ni la bodoh". Bodoh tu bare minimum makian lah nk selit. Tp knp kena letak "la bodoh" tu?
Saya bila baca komen² atau vid² yg mcm ni saya sedar beberapa perkara.
1. Jauhnya dia dengan adab dan akhlak apatah lagi akhlak Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam. Takde istilah "mulut je longkang tapi hati baik". Kalau betul hati baik, pasti Rasulullah jadi contoh. Lalu knp ini sgt jauh dari adab?
2. Teguran yg diberikn sbnrnya tak ikhlas pun. Sebenarnya lebih pd nk maki tu.
3. Buat org lari dari kebenaran. Bygkan klau kau nasihat bnda betul tp kau letak maki. Adakah itu berhikmah? Tak. Org makin jauh dari kebenaran. Klau dia menjauh dek kitalah asbabnya. Kita ialah fitnah utk agama ini.
4. Org yg menegur dgn maki ni sbnrnya kurang kecerdasan emosi. Dia tak boleh rileks. Lebih teruk, dia gagal bezakan teguran dan hinaan. Juga jelas kurang empati.
5. Penegur itu sombong. Makian ini berlaku ketika kita sombong. Ketika kita rasa kita lebih baik dari org lain. Konfidennya diri itu yg membawa kpd makian sombong itu. Yg mana Sombong lah yg membuatkan Iblis ke neraka.
6. Org seperti ini jelas kekurangan kehalusan sosial dan ketandusan diplomasi. Tak layak menjadi pemimpin dan tak layak memimpin apa².
7. Ketika dia fikir dia berani, beraninya itu tanpa disiplin berfikir. Ketika dia fikir dia jujur, jujurnya itu tanpa kebijaksanaan. Akhirnya kritikannya itu tiada nilai manusiawi.
8. "Bagi je sekali orang mcm ni. Memang patut kena maki". Depends. Ada makian mmg bertempat. Tpi majoriti yg kita tahu semuanya semborono je. Nasihat saya, hentikan je lah. Jgn jd parasit.
Jadi, kita kena berhenti memaki. Tak payah nak bagi alasan "negeri aku memang mcm ni" lah, ape lah. Ketika insan itu salah dan kita boleh nasihatkan dia dgn baik dan dia berubah, bukan kah itu yg kita nk dlm komuniti kita?
Ni kdg tny soalan mudah pun dipanggil "tanya soalan bodoh". U as yg menjawab, u jawab. Bukannya membodohkan penyoal. Malaikat kt kubur tny nnt pn soalan remeh je "siapakah tuhan kamu" je. Pun kau kena jawab. Betapa pentingnya soalan² remeh dan mudah ni. Jadi jawab.
Jangan maki. Jangan hina. Jangan jadi komunikasi toksik. Sebagaimana nabi juga tak melakukannya. Wabillahitaufiq.
Taufiq Tuah
17.04.26 | 25.10.47
Comments
Post a Comment