Baru ni saya ada baca posting tentang Rodat oleh Hasif Wilson di Telegram dia. Dah lah letak kt Telegram, konon takut orang kecam. Sekali bila baca, cehh. Tulis pun playsafe pastu nak secret² konon.
Saya ada niat juga nak tulis sebelum dia tulis. Sebab entah kenapa orang dah mula perkenalkan kembali rodat ni di Tiktok. Tapi utk yg tak kenal, saya cerita lah sikit.
Rodat ni seni tradisional nyanyian ramai² yg diiringi alat muzik tradisional. Dinyanyikan berkumpulan samada dalam bulatan atau barisan. Lebih popular di Terengganu.
Dalam rodat ni selalu ada lirik,
"Muyahayo muyalanakayo
Muyahaye kolo la betaya
Le a sale ala la de ama
Fiduniwa niwalah dunia"
Apabenda ni? Ini ialah sebutan Arab dgn lajah Tganu (ada yg kata Tganu lama) yg mana Arab asalnya berbunyi,
"yā ḥayyu yā qayyūm
iḥyīl-qulūba taḥyā
iṣliḥ lanāl-ʾaʿmāla
fīd-dīni wad-dunyā"
Yg bermaksud,
“Wahai Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus segala sesuatu, hidupkanlah hati kami, perbaikilah amalan kami dalam agama dan dunia.”
Ada yg ajarkan lirik ini ialah zikir. Adakah ini zikir? Hmm. Ini bukan zikir. Tiada dalil zikir dibaca seperti yang B.Arab ini apatah lagi jika di Tganu-kan. Jika nak sebut, boleh sebut sebagai syair, atau boleh dengan niat doa. Tapi ini bukanlah zikir.
Dan berdoalah sebagaimana sepatutnya berdoa. Sebagaimana ketika kita dlm kesukaran dn kita meminta sesuatu yg sgt perlu dari Allah. Ketika kita menadah tgn dan sebutkan doa yg bnyk dgn harapan. Dgn merenung langit atau merenung tmpt sujud. Dgn lafaz yg jelas, jika tak jelas pn hny kerana teresak-esak penuh pengharapan.
Jgn lah pula doa dgn beralat muzik, dilaung tanpa maksudnya dari hati kita. Lafaz sekadar kluar angin dari mulut tanpa apa² pengharapan. Beramai-ramai sebut tanpa jiwa pd maknanya.
Kalau nak ulas bab persembahan tu sndiri boleh ditegur kerana muzik. Tiada muzik yg terlepas dari fatwa 4 imam besar mazhab yg mengharamkannya kerana dalil yg jelas.
Bab persembahan moden ni jg ada yg campur adukkan laki dan perempuan dalam satu kumpulan. Ini pn pastilah tak lari dari larangan ikhtilat. Saya kira selesai dua hal jelas.
Nasihat saya, ikutilah sunnah yg benar. Zikir² yg benar kan ada. Jadi zikirlah dengan zikir yang sahih. Takpelah kalau mungkin nenek moyang kita tersilap, semoga Allah ampunkan mereka jika mereka tidak tahu.
Tapi kita yg tahu, kita kena ubah. Sebagaimana Surah Al-Baqarah ayat 170,
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Ikutilah apa yang telah diturunkan oleh Allah,’ mereka menjawab: ‘Tidak! Kami hanya ikut apa yang kami dapati daripada nenek moyang kami.’
Padahal nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak mendapat petunjuk.”
Wallahualam
Taufiq Tuah
18.04.26 | 26.10.47
Comments
Post a Comment