Undang-Undang Melaka Dan Undang-Undang Islam / Hudud Di Alam Melayu

OLEH: Taufiq Tuah

Entry kali ini akan menceritakan tentang kaitan di antara Alam Melayu dengan hukum hudud sekian lama...
Kita tahu bahawa hukum yang Melayu guna sebagai asas ialah Hukum Kanun Melaka..
Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa Hukum Kanun Melaka ini ada kaitannya dengan hukum Hudud dan Qisas..

Sebelum itu, ingin diperkenalkan tentang hukuman yang ada dalam Hudud dn Qisas.
Adapun, ini hanyalah penerangan ringkas tentang Hudud dan Qisas.

HUKUM DALAM HUDUD

1. Meminum arak, sebat 40 kali.

2. Berzina (muhsan / sudah kahwin) , rejam sampai mati.

3. Berzina (bukan muhsan), sebat 100 kali.

4. Qazaf / Menuduh Zina, sebat 80 kali.

5. Mencuri , potong tangan.

6. Murtad lebih dari tiga hari, bunuh.



HUKUM DALAM QISAS
Membalas kembali sesuatu kesalahan yang sama kepada si pembuat.
Jika Ali melukakan tangan Abu, Abu boleh melukakan tangan Ali kembali.
Jika Ali membunuh, maka Ali boleh dibunuh kembali (dengan syarat2 Qisas)




Dengan keterangan ringkas ini, kita bandingkan pula dengan Hukum Kanun Melaka,


SEDIKIT DARIPADA ISI KANDUNGAN HUKUM KANUN MELAKA

Perkara 5:1.3 Hukuman Qisas atau bunuh balas. Nyawa dengan nyawa

Perkara 7 : 2 Potong tangan bagi kesalahan mencuri.
"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.Dan Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."
(SURAH AL-MA'IDAH: 38)

Perkara 12 : 2 Hukuman rejam sampai bagi lelaki dan perempuan yang telah berkahwin yang melakukan zina, jika masih bujang hukumannya ialah 80 sebatan.

Perkara 12 : 3 Hukuman sebatan 80 kali bagi sesiapa yang membuat tuduhan zina tanpa sebarang saksi.

Perkara 36 : 1 Undang-undang murtad, samada seorang yang murtad bertaubat atau dijatuhkan hukuman bunuh.




Lihatlah betapa dekatnya kedua jenis hukum tersebut.

Dibawah ini ialah bukti yang kita boleh cari di dalam Quran bahawa Hudud itu hukum Allah SWT.

#SURAH AL-BAQARAH: 187
#SURAH AL-BAQARAH: 229
#SURAH AL-BAQARAH: 230
#SURAH AN-NISA' : 13
#SURAH AN-NISA' : 14
#SURAH AT-TAUBAH: 97
#SURAH AT-TAUBAH: 112
#SURAH AL-MUJADALAH: 4
#SURAH AL-TALAQ: 1

Maka terbuktilah bahawa dunia Melayu telah pun rapat dengan hukum hudud ini sekian lama.
Malah, Hukum Kanun Melaka inilah yang menjadi rujukan kepada perlembagaan baru Malaysia pada hari ini. Kanun ini juga menjadi rujukan kepada kanun-kanun di negeri lain pada zaman kesultanan dahulu.

Hari ini, Malaysia tidak menggunakan hukum hudud ini sebagai asas walaupun kanun ini menjadi rujukan. Malah, banyak diantara hukum di dalam ini yang ditukar kepada denda yang lebih ringan.
Walauapapun, tahniah kepada Negara Brunei dan Negeri Kelantan yang telahpun memulakan kembali hukum Hudud di alam Melayu ini...










Tidak lupa juga kepada Acheh yang telah membuat Hukum Hudud lebih awal..

(klik gambar kalau tak nampak nak baca)








Di bawah ini pula ialah manuskrip asal Hukum Kanun Melaka..

Rujukan:
1. Abd. Jalil Borham (2002), Pengantar Perundangan Islam (An Introduction to Islamic Legislature), Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia press
___________________________
~ Taufiq Tuah~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments