Bangsa Rawa

OLEH: Taufiq Tuah

Adakah anda kenali atau pernah dengar nama,
Tuan Guru Haji Yusuf Bin Haji Abdullah Ar-Rawi?
Biasanya orang sebut namanya Haji Yusof Rawa.


Bagi yang tidak mengenali, beliau merupakan Mursyidul Am PAS pada tahun 1987 hingga 1995.
Namun entry kali ini bukanlah hendak bercerita tentang beliau.

Pernah tertanya-tanya tentang perkataan 'Rawa' tu tak?

ATAN: Rawa tu apa??

Rawa merupakan salah satu daripada nama kaum Melayu nusantara.
Ia dipercayai berasal daripada Rao, Pasaman, Sumatera Barat, Indonesia.

Nama Rawa itu dipercayai diambil daripada perkataan Rao iaitu nama pahlawan(Tuanku Rao) yang berjuang bersama Tuanku Imam Bonjol melawan Belanda.
(Adapun ramai lagi pengkaji yg mengkaji asal-usul sebenar bangsa Rawa ini)

ATAN: Oooo..kat Malaysia tak de eh?

Migrasi beramai-ramai orang Rawa ke Tanah Melayu berlaku ketika Perang Padri (1816 - 1833) di Indonesia. Ramai daripada yang berhijrah itu ialah golongan istana, ulama, cendekiawan dan panglima.
 Bahasa yang mereka gunakan juga ada sedikit pengaruh Minangkabau.
Tetapi di Malaysia, kita dapat mendengar bahawa loghat mereka memang seiras dengan loghat Negeri Sembilan.. Cuma mereka tidak pakai lah 'den' , 'eden' tu.

Kesenian mereka juga mempunyai kesenian yg hampir sama dengan org Melayu Semenanjung.

Tari Inang = Tarian Inang
Tari Japin = Tarian Zapin
Dikier       = Dikir
Kaco Pocah = Tarian Piring

Alat Muzik mereka juga,

Gondang = Gendang
Robano = Rebana



Rujukan:
1. Seminar Melayu Rao UPSI 25 July 2009

___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah



Comments

  1. Orang rao tu asal usulnya suku bangsa lubu dari champa abad ke 2 dan 6 masihi hijrah ke sumatera ,rao dan mandailing tu satu suku

    ReplyDelete

Post a Comment