OLEH: Taufiq Tuah
Adapun hubungan dagang di antara Melayu dan Cina telah bermula lebih awal dari itu.
Tapi hari ini, perpaduan itu menjadi kelakar apabila ada segelintir orang Melayu yang sering berpandang buruk kepada orang-orang Cina. Contoh cemuhan:-
1. ORANG CINA NAK TAWAN MALAYSIA
Ini merupakan satu tanggapan yang sering kita dengar.
Kononnya Orang Cina akan beranak pinak di Malaysia, beli tanah dan buat penempatan.
Kemudian menjadikan penempatan itu milik orang Cina..
ATAN : Haah.. Macam dekat Pulau Pinang.. Jahat nye Cine..
Sedangkan, orang-orang Cina sendiri tidak berniat begitu.
Namun, hakikat bahawa mereka membeli tanah itu tidak dapat disangkal..Kerana mereka ada duit.. Biarlah dia nak buat apa dengan duit dia.. Kita orang Melayu ada duit ni, apa yang kita buat?
Bukan kata 'kalau' ada duit.
Orang Melayu ni kadang-kadang nak suruh cari duit pun malas.. Lepas tu bila Cina beli tanah, nak melenting pula.. Haihhh...
2. ORANG CINA NAK KAWAL EKONOMI MALAYSIA
Ok.. Satu lagi cemuhan yang dilontarkan ialah Cina nak kawal ekonomi Malaysia.
ATAN : Tu larr..dah larr jual menipu.. nak kawal ekonomi plak... kiri kanan asik cina jer niaga..
Sebenarnya Rasulullah SAW menggalakkan kita (ummatnya) berniaga.
Tetapi, tidaklah dalam keadaan menipu...
"Orang yang berjual beli masing-masing memiliki hak khiyar (membatalkan atau melanjutkan perniagaan) selama keduanya belum berpisah. Jika keduanya jujur dan terbuka, maka keduanya akan mendapat keberkatan dalam berjual beli,tapi jika keduanya berdusta dan tidak terbuka, maka keberkatan jual beli antara keduanya akan hilang"
(Muttafaqun 'alaih)
Jadi, sebenarnya kita (ummat Islam) sememangnya digalakkan berniaga.. Malah, sahabat Nabi SAW seperti Saidina Abu Bakar As-sidiq dan Abdul Rahman Bin Auf merupakan perniaga yang sangat maju. Tapi kenapa org Melayu (yg Islam) pada hari ini 'takut' untuk berniaga?
Sudahlah tidak berniaga, kemudian banyak pula bunyi..
Nak tuduh orang Cina nak kawal ekonomi.. Bila suruh org Melayu berniaga, org Melayu tak nak.. Sibuk sgt nak kerja makan gaji..
3. CINA BALIK CHINA!
ATAN : Cina sebok ah..semak jer.. balik Cine lar! tak yah sebok.. dah lar makan babi..
Rasanya tak wajar kita nak halau Cina balik China hanya kerana mereka makan Babi.. Sbb org Melayu yg minum arak tu kita tak halau pula. Padahal sama-sama haram dan dilaknati.
Lagi pun, sejarah membuktikan bahawa Malaysia merdeka bukan atas titik peluh org Melayu sahaja.
Ketika itu, Melayu , Cina dan India bergabung untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu..
UMNO, MCA, MIC membentuk Parti Perikatan..
Kita berjuang bersama.. Kenapa setelah menang, kita perlu berpisah?
Lupakan lah peristiwa gelap 13 Mei 1969... Buang yg keroh, ambil yg jernih..
KESIMPULAN:
Rakyat Malaysia tidak sepatutnya bersifat perkauman..
Kebahagian yang kita bina bersama ini hendaklah kita kongsi bersama..
Selain itu, hormatilah keistimewaan sesebuah bangsa itu..
Bumiputera mahupun tidak, masing2 ada keistimewaannya..
Dan setiap bangsa mestilah bersaing dengan cara yg sihat..
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment