Perpaduan Di Antara Melayu Dengan India

OLEH: Taufiq Tuah

Orang India memasuki Tanah Melayu secara beramai-ramai pada ketika Sistem Kangani diperkenalkan..



Mereka datang ke Tanah Melayu dan memulakan aktiviti buruh.
Adapun begitu, sebenarnya hubungan di antara Alam Melayu dengan India berlaku sebelum sistem ini lagi..

India (Gujerat) berekonomi dengan Melaka sekian lama..
Malah, pengaruh Hindu Budha yang di bawa membuktikan bahawa hubungan di antara Melayu dan India sangat berkait rapat.. Malah, tulisan yang diguna pakai orang Melayu sebelum tulisan jawi ialah tulisan Sanskrit.  Juga, hubungan di antara Merong Mahawangsa dan Goa.

Maka tidak peliklah wujudnya banyak tempat di Malaysia yang diberi nama Kg.Keling.








Hari ini, India dan Melayu hidup bersama di bawah satu bendera..
Namun, masih ada berberapa mullut yang suka membawa kepada perpecahan antara kedua-duanya..


1. KALAU KELING TU KELING JUGAK LAH

Antara ayat yang orang Melayu selalu guna untuk mengutuk orang berbangsa India.
Kononnya, bangsa India sememangnya mempunyai sikap buruk sejak zaman nenek moyangnya..
Sebagai orang Melayu, kita tidak sepatutnya berkata sedemikian. Sedangkan, tiada bangsa pun yang sempurna dalam dunia ini.
Malah, sifat itu tidak boleh diwarisi dari atok ke cucu.
Jika atok kuat makan, tak semestinya cucunya kuat makan.
Jadi ayat ini tidak wajar.



2. INDIA TIDAK SUKA DIPANGGIL KELING

Masih menjadi persoalan bahawa apakah India dan Keling itu sama?

ATAN : Same jerr~

MUTHU :  Deyyy.. Lain larr.. Keling itu lain worangg larr..

Baik, biarlah apa pun pandangan kita.
Ada yang kata kononnya sejarah membuktikan bahawa Keling itu India..
Dan orang India pula mengatakan tidak.
Blog ini bukan lah blog Revolusi India untuk kita huraikan kebenaran usul Keling dan India ini.
Tetapi, walau apapun pandangan kita, kita tidak perlulah mengatakan apa yg bangsa lain tidak suka.

(Rasanya org Melayu pun akan marah jika dipanggil Keling..ahaks)




3. INDIA BALIK INDIA LAH

Sebab setengah orang Melayu memang suka mengahalau bangsa lain.
Katanya orang India hanya akan menggelapkan lagi suasana Malaysia dan sebagainya.
Sebenarnya kita perlu pelajari sejarah.
Dimana kita kecapi kemerdekaan ini ialah kerana penyatuan Melayu, Cina dan India..
Di mana pada ketika itu ialah bantuan dari MIC juga.
Apasalahnya kita kongsikan kemerdekaan yang kita telah bina bersama?





KESIMPULANNYA:
Hentikan sikap perkauman.
Tidak disangkal bahawa Tanah Melayu ialah asalnya penempatan Melayu.
Tapi itu bukan sebab dan alasan untuk kita sombong dan bongkak.

Biarkan anak-anak kita tahu pentingnya perpaduan

___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah

Comments