OLEH: Taufiq Tuah
Di Malaysia, perpaduan merupakan sesuatu yang sangat patut dititik beratkan memandangkan kita hidup berbilang kaum.. Namun pada catatan kali ini, ingin disimpulkan tentang perpaduan di antara Melayu dengan Melayu.
Melayu sesama Melayu hari ini seringkali,
1. DENGKI
Orang Melayu seringkali dengki sesama mereka.
Daripada sifat dengki ini, maka jadilah mengumpat,mengutuk dan menfitnah..
Malah, kedengkian orang Melayu boleh berlarutan sehingga melibatkan sihir dan ilmu hitam..
Oleh sebab itu, adanya orang yang menyantau orang lain..
Dan ada juga yang sanggup memakai pelaris untuk memajukan perniagaan.
2. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Apabila kedai sebelah hampir gulung tikar, kebiasaannya orang Melayu akan tersenyum kerana pesaingnya akan berkurang..
Orang Melayu juga adalah jenis yang hanya akan menolong kawan mereka yang mereka kenali dan rapat. Adapun, orang Cina akan membentuk satu komuniti perniagaan sendiri yang mana komuniti ini akan sokong=menyokong sesama mereka.
Adapun sebenarnya peniaga Melayu hari ini pun sebenarnya telah mula membentuk komuniti perniagaan seperti ini.. Dan itu merupakan suatu revolusi perniagaan yang bagus..
seperti 'event' Tempatan Fest yang menyatukan bisnes pakaian tempatan.
(Nantikan 'event' seterusnya di Kuantan)
Tak lupa juga dengan 'event' Buku Jalanan..
3. BERPECAH BELAH
Setengah orang Melayu susah untuk bersatu terutamanya apabila mereka tidak sekepala..
Maka, wujudlah pelbagai pecahan Melayu..
Adanya Melayu UMNO dan Melayu PAS..
Ada pula Melayu ISMA dan Melayu IKRAM..
banyak lagi pecahan2 yang muncul terkemudiannya.
4. BERGADUH
Orang Melayu mudah berkelahi sesama mereka.
Kadang kala hanya disebabkan tidak sepandangan.
Maka bermulalah segala pertengkaran di antara Melayu dan Melayu..
Sehinggakan Melayu Nusantara umumnya mengetahui kisah kelahi di antara Bawang Merah dan Bawang Putih.
KESIMPULANNYA,
Orang Melayu bukanlah jenis bangsa yang tahu 100% cara untuk menjaga perpaduan.
Dan segala ciri-ciri di atas tidak lah merangkumi semua orang Melayu.. Namun, ini lah yang dapat kita lihat hakikat Melayu dari segi perpaduan. Sesama kita pun masih bergaduh.. Buang yang keroh, ambil yang jernih...
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment