Sumpah Melayu Dato' Onn Jaafar

OLEH: Taufiq Tuah

Sembang pasal Sumpah Melayu ini memang tidak ada dalam silives pembelajaran sekolah.
Namun, kita perlu mengambil tahu juga tentang sumpah ini.

Orang Melayu memang kuat menyumpah. Melayu berni bersumpah atas nama banyak benda.
Ada yang bersumpah demi nama matahari dan bintang. Ada juga yang bersumpah atas nama keris dan bidik. Dan pelbagai lagi.

ATAN: Demi cinta ku pada mu , lautan api kan ku renangi

(Rasanya Atan boleh berhenti merepek okay..)

Okay, kita fokus pada cerita.
Rakyat Malaysia tahu dan memahami kontrak sosial diasaskan drp 5 Hak Orang Melayu dn drp situ Perlembagaan Malaysia digubal.

1. Raja berpelembagaan
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
4. Hak Istimewa Orang Melayu
5. Kerakyatan

Orang Melayu berkongsi syarat ke-5 dgn org Cina dan India yg dibawa oleh British ke Tanah Melayu.

Semasa Kontrak Sosial ini dibinvangkan antara kaum Melayu, Cina dan India maka pihak British telah menawarkan kpd kaum Cina dan India sekiranya mereka tidak bersetuju dgn kontrak tersebut mereka diberi 2 pilihan iaitu:-

1. Pulang ke negara asal
2. Berpindah ke negara Asia di bawah jajahan British.

Sekiranya Hak Orang melayu dipertikai, agama Islam dihina, institusi Raja tidak dihormati, Bahasa Melayu dipijak, ertinya mereka telah melanggar syarat-syarat tersebut dan seharusnya Kontrak Sosial itu boleh dibatalkan. bangsa Melayu ada hak untuk keluarkan mereka dari Negara Malaysia.

Pada 10 Februari 1946 bersamaan 8 Rabi’ulawal 1365H, orang Melayu di seluruh negara telah diajak untuk berhimpun secara besar-besaran di Batu Pahat bagi melakukan upacara mengangkat sumpah.

Ia merupakan ikrar yang mengandungi agenda atau garis panduan yang wajib dipatuhi dan ditaati oleh kesemua orang Melayu bagi membentuk dan mengekalkan ketamadunan bangsa. Ikrar ini juga disebut sebagai ‘Sumpah Melayu’ . Maka orang Melayu pun bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus mengharungi cabaran masa depan yang lebih cemerlang demi agama, bangsa dan negara. Lalu termaktublah sumpah ini sebagai SUMPAH MELAYU.


Sumpah ini dikarang oleh Dato' Onn.
Sumpahnya berbunyi begini,




"KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:

Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera."





ATAN: Aku sumpah kau jadi batu!!

(yerr Atan.. Kami dah faham sumpah tu)


Rujukan:
1. Dato Onn Jaafar, peranannya didalam politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu, 1895-1962' oleh [[Ramlah Adam' ;Gateway Pub. House, 1987 
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________




Comments