OLEH: Taufiq Tuah
Risalah Amman dikeluarkan pada bulan Ramadhan 1425 Hijrah (November 2004).
Risalah ini dikeluarkan di Amman,Jordan oleh Raja Abdullah II dari Jordan bersama-sama Para Ulama Besar Islam..Persidangan Islam Antarabangsa yang terdiri daripada 200 orang Ulama Terkemuka dari 50 Negara ini menyepakati tentang 3 perkara asas yang amat penting.. Risalah ini bertujuan untuk mewujudkan ijma' diantara Islam yang berpecah-pecah.
1.Mereka secara khususnya telah mengiktiraf SAHNYA kesemua lapan mazhab yang terdiri dari Ahli Sunnah (Hanafiah, Malikiah Syafi'eah dan Hambali) , Syiah (Jaafari dan Zaydi SAHAJA) , Ibadhi dan Thahiri yang sebenar telah menyepakati definisi yang tepat tentang siapakah orang yang bergelar Muslim.
2.Berdasarkan definisi ini, mereka melarang perbuatan takfir (menkafirkan orang lain) di antara sesama umat Islam.
3.Berdasarkan mazhab-mazhab tersebut,mereka telah menetapkan prasyarat yang subjektif dan objektif dalam mengeluarkan fatwa, lalu mendedahkan fatwa-fatwa palsu yang telah dikeluarkan oleh mereka yang jahil dan tidak berhak di atas nama Islam.
SEMUA perkara diatas telah dipersetujui oleh,
i.Pemimpin Politik Islam di perjumpaan OIC di Mekah pada 2005.
ii.ENAM (6) Pertubuhan Ilmiah Antarabangsa.
iii.Akademi Fekah Islam Antarabangsa.
iv.500 Ulama Terkemuka diseluruh dunia.
Risalah ini diwujudkan untuk TIDAK terjadi rusuhan antara aliran Islam yang ada. Adapun begitu, Syiah masih lagi bertungkus lumus untuk memusnah kan Ahlul Sunnah pada hari ini. Maka perjanjian di dalam risalah ini telahpun dicabuli dan telah terbatal sama sekali.
Pegang kepada Al-Quran dan Sunnah, maka tidak akan sesat.
Gambar lembaran Risalah Amman.
Rujukan:
2. Risalah ECPI, 2013
___________________________
Taufiq Tuah
Telegram: https://t.me/revolusimelayubaru
Instagram: https://www.instagram.com/revolusimelayubaru
_____________________________
Comments
Post a Comment