OLEH: Taufiq Tuah
Tidak ada langsung ditulis kan di mana-mana riwayat sahih bahawa Nabi Nuh A.S itu mengambil kayu dari Kedah. Tidak ada di dalam Al-Quran, dan tidak ada di dalam hadis.
Bagi mereka yang waras, sudah tentulah akan tertawa kerana mendengar keterangan seperti ini. Betapa tidak logik nya keterangan kurang pintar ini.
Namun menjadi kekhuatiran bagi saya untuk menjelaskan juga hal ini. Memandangkan orang yang cuba menyebarkan sejarah dusta ini ialah orang yang berpangkat tinggi di dalam institusi pondok.
Apabila orang yg mengajar di pondok menerapkan perkara karut seperti ini, apakah bentuk pemikiran generasi pondok yang cuba dipupuk sebenarnya?
Wallahualam.
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment