Hubungan Sosial Di Antara Melayu Dan Bani Israel

OLEH: Taufiq Tuah





MELAYU DAN BANI ISRAEL

Tajuk ini sangat menarik untuk diperbincangkan. Mungkin Revolusi Melayu Baru pada kali ini perlu memperbincangkan isu ini dengan lebih detail lagi,

Pada awal kisahnya, ada yang berpandangan bahawa Melayu ialah 'The Lost Tribes' daripada puak Bani Israel. Hujah ini disokong dengan kitab-kitab kuno Israel yang menulis tentang ciri-ciri tempat hilangnya 'The Lost Tribes' dan ciri-ciri itu sangat menyamai dengan tanah di Nusantara ini.

Artikel ini sebenarnya tidak lah berniat untuk pergi mendalam lagi tentang kaitan jalur darah Melayu dengan Bani Israel. Hanya ingin di singkap tentang sosiobudaya sahaja. Rupanya, Bani Israel juga ada hubungan sosial dengan Melayu.

Mengikut Raimy Ché-Ross di dalam  "A Penang Kaddish: The Jewish Cemetery in Georgetown – A case study of the Jewish Diaspora in Penang (1830s–1970s)" mengatakan bahawa pada zaman Uthmaniah ( 1817 - 1831) , telah berhijrah sekumpulan Bani Israel ke Tanah Melayu.

Daripada The Journal of a Jewish Traveller. London: John Lane & The Bodley Head Ltd pula mengatakan bahawa kemasukan Bani Israel ialah pada tahun 1895. Bani Israel pertama yang mendiami Tanah Melayu ialah Ezekiel Aaron Mannaseh.

Adapun begitu, ada juga pandangan yang mengatakan Bani Israel telah hadir lebih awal lagi ke Tanah Melayu.

Apa yang menarik perhatian kita ialah apabila adanya kesan peninggalan orang-orang Bani Israel di Malaysia. 

Ini ialah makam-makam orang Yahudi Bani Israel di Jalan Zainal Abidin, Pulau Pinang. Ditubuhkan pada 1805 dan dipercayai makam Yahudi tertua di Malaysia. 


Sebenarnya, fakta sesama fakta yang dikumpul telah menyanggahi fakta yang lain. Kubur tertua ini bertarikh 1805 telah bercanggah dengan tarikh awal kemasukan Bani Israel iaitu yang paling awal ialah pada tahun 1817.

Jadi, mungkin sebenarnya ada kemasukan Bani Israel ke Tanah Melayu sebelum dari 1817. Malah mungkin juga sebelum tahun 1805. Sebenarnya, ada yang mengatakan Bani Israel terawal datang ke Lembah Bujang pada abad ke-9.


Apa sumbangan mereka terhadap Tanah Melayu?
Sebenarnya mereka tiada sebarang sumbangan yang meninggalkan kesan pun terhadap Tanah Melayu. Mereka tidak membenarkan menyebarkan agama Yahudi ke Tanah Melayu kerana agam Yahudi hanyalah untuk orang Bani Israel. Ada yang menyifatkan kedatangan Ezekiel Aaron Mannaseh ke Tanah Melayu ialah untuk mencari 'The Lost Tribes', adapun itu hanyalah andaian tanpa sebarang pengakuan dari Ezekiel sendiri.

 Jika ada yang kata mereka berdagang, agak pelik kerana Bani Israel tidak pernah mempunyai tanah sendiri. Mereka tiada hasil galian, rempah dan buruan untuk dijadikan bahan dagangan. Mereka cuma terkenal dengan perniagaan berlandaskan riba dan bukannya berdagang.

Mereka juga tidak menjajah Tanah Melayu kerana kuantiti mereka yang sedikit dan kuasa mereka yang lemah ketika itu. Malah mereka juga turut menjadi korban ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Mungkin juga mereka datang hanya sebagai pelarian kerana Bani Israel sememangnya menjadi bangsa yang dibenci oleh dunia di waktu itu. Hanya Melayu sahaja yang terkenal dengan sifat ramah untuk menerima mereka. 

Dari segi budaya, orang Melayu tidaklah dipengaruhi secara langsung dengan Bani Israel. Hanya ada berberapa pendapat mengatakan bahawa pemakaian tanjak ialah pemakaian dari Bani Israel zaman Nabi Isa A.S. Adapun keterangan ini belum ada buktinya.

Ada yang mengatakan Bahasa Melayu ada diambil dari Bahasa Ibrani milik Bani Israel. Seperti Contohnya seperti berikut;
Sawraw - Surau
Abah ; Ayah
Hal ini tidak mustahil. Kerana orang Melayu memang menggunakan konsep meminjam perkataan untk merevolusikan bahasa. Mungkin juga Melayu meminjam Bahasa Arab tetapi perkataan Arab itu juga hampir sama dengan Bahasa Ibrani.
Contoh
Abah - Bahasa Ibrani
Abi - Bahasa Arab
Dan Melayu meminjam perkataan 'Abah' yang mungkin juga bukan secara langsung dari Bahasa Ibrani. Tetapi diubah sedikit dari perkataan 'Abi' dari Bahasa Arab.

Kesimpulannya, tidak banyak hubungan sosial di antara Melayu dengan Bani Israel. Namun, tidak lah salah untuk kita mengetahui kewujudan mereka di Tanah Melayu ini. Wallahualam.

___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments