Reformis Kaum Muda

OLEH: Taufiq Tuah

Didalam buku teks sejarah sekolah menengah, ada disebut tentang Kaum Muda. Namun ceritanya amat lah terhad sehinggakan pelajar yg membaca kalam tersebut tidak akn dpt menghayati perjuangan Kaum Muda.

Kaum Muda muncul pada akhir abad ke-18M. Munculnya mereka sebagai pembawa pemikiran baru yg agak berbeza drpd kebanyakan org.

Kaum Muda kadang-kala dikenali sebagai, 'Sunnah', 'Salafi' dan 'Tajdid'. Namun ada juga para pembenci yg menggelar mereka sebagai 'Wahabi'.

Kaum Muda berbeza dgn Kaum Tua dlm sesetengah perkara.

Kaum Tua masih ingin mengekalkan adat dan tradisi masyarakat dan kononnya berpegang kepada Mazhab Syafie secara keseluruhan.

Kaum Muda pula tidaklah terikat dgn adat. Malah Kaum Muda menganggap semua mazhab itu boleh digunakan mengikut hujah yg terbaik. Malah adat yg bercanggah dgn Islam akan serta merta ditolak Kaum Muda.

Kaum Muda menyebarkan dakwahnya dgn risalah-risalah dan majalah. Juga berberapa sekolah pondok juga didirikan. Kritikan2 mereka selalu menjadi kontroversi kerana kritikan itu melawan adat kebiasaan masyarakat. Antara topik yg selalu menjadi kontroversi ialah bab bidaah, talkin dan qunut.

Disebabkan masyarakat ketika itu yg kebanyakannya terlalu taksub dn tidak boleh dikritik, maka dakwah mereka tidak digemari di sesetengah negeri.

Kaum Muda terpaksa menghadapi pelbagai cercaan dan tohmahan drpd masyarakat juga pemulauan drpd Kaum Tua.

Kesimpulannya, sejarah membuktikan betapa sukar untuk membawakan pembaharuan dalam kalangan masyarakat terutamanya apabila masyarakat masih dlm keadaan kolot dn konservatif. Dini hari, walaupun kita telah maju dgn internet, sifat keras hati di kalangan masyarakat siber juga menyukarkan penyampaian dakwah ini.

Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments