Benarkah Kata Penglipur Lara Tentang Negeri Kedah?

OLEH: Taufiq Tuah


1. "Nabi Adam A.S diturunkan di Gunung Jerai, Kedah"
🔴Para sarjana telah membincangkan hal ini. Sejarawan Islam akhirnya telah menyimpulkan andaian bahawa Nabi Adam A.S diturunkan di Sri Lanka dan bukannya Gunung Jerai. Tidak ada sejarawan muslim yg pernah menyebut Gunung Jerai ada kaitan dengan Nabi Adam A.S.

2. "Kapal tentera Tariq Bin Ziyad sebanyak 600 buah telah dibuat oleh orang Melayu Kedah"
🔴Tariq Bin Ziyad menakluk Sepanyol pada zaman Sultan Al-Walid Bin Abdul Malik dari Umayyah (705M). Pada waktu pemerintahan Sultan Al-Walid, Umayyah baru sahaja ingin meneroka kawasan tanah hindu, kawasan Bukhara dan sekitar dan Sepanyol. Adapun tanah Nusantara belum lagi diterokai dan tidak ada hubungan di antara Sultan Al-Walid dengan Kedah pada waktu itu.

3. "Kapur barus iaitu bahan pengawet mumia Firaun telah diambil dari Yan, Kedah"
🔴Pengkaji pada hari ini mengatakan bahawa mengawet mumia firaun ini mempunyai dua cara. Satu dengan rendaman cecair natron dan yg kedua ialah dgn rendaman air garam. Adapun kapur barus tidaklah digunakan dalam mengawet mumia. 


Kesimpulan, jika ada sesuatu fakta berkeliaran, kajilah dahulu. Insyaallah memberi manfaat.

Wallahualam.
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
_____________________________

Comments