OLEH: Taufiq Tuah
Rehal tradisional kebiasaannya diukir dengan pelbagai seni ukiran. Ketinggiannya yg rendah menyebabkan ia tidak sesuai untuk dewasa kerana kaki seorang dewasa mampu serata dengan kedudukan AlQuran. Maka tidak menepati fungsi sebenar rehal iaitu untuk meninggikan AlQuran.
Adapun penggunaan rehal moden lebih baik kerana keadaannya yg lebih tinggi dn membuatkan pembaca lebih selesa untuk membacanya. Pembaca tidak perlu membongkokkan tulang belakang bagi membaca AlQuran.
Namun, bukan lah sunnah Rasulullah SAW itu memakai rehal ketika membaca AlQuran. Tetapi lebih baik bagi kita untuk meninggikan AlQuran terutamanya ketika membacanya.
adapun untuk meninggikan kedudukan Al Quran itu tidak semestinya rehal, tetapi juga boleh ditinggikan dgn kaedah lain seperti susunan bantal atau susunan buku.
Wallahualam.
Contoh rehal Tradisional. Kebiasaannya diukir pada muka dan kakinya dengan pelbagai jenis ukiran.
Rehal moden, lebih kelihatan seperti meja kecil.
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment