Masjid Malang Indonesia Dibina Oleh Jin?

OLEH: Ibnu Tuzah





        Seperti mana digembar-gemburkan tentang sebuah masjid yg dikenali akan ia sebagai Masjid Ajaib terletaknya di Malang, Indonesia. Dikatakan bahawa masjis itu dibina oleh Bunian dan ada juga yg mengatakan dibina oleh Jin Ifrit.

❓Persoalan, adakah benar keterangan ini?
🔴Wallahualam. Sudah tentulah Allah SWT sahaja yg maha tahu.

❓Apa pandangan RMB tentang hal ini?
🔴RMB berpandangan bahawa, org Nusantara perlu merevolusikan pemikiran yg lebih baik dlm mengemukakan sejarah. Kita dgr org kata banggunan yg sekian itu adalah dibina oleh jin dan sebagainya. Hinggakan org juga mengatakan bahawa Piramid Giza dibina oleh makhluk asing.

Adakah manusia tidak mampu membina banggunan yg hebat2 pada masa dahulu? Adakah Melayu sangat dhaif sehinggakan segala banggunan perlu memanggil kontraktor dari kalangan bunian dan jin?

Melayu mampu membina Piramid ala-ala Aztec di Indonesia yg masih utuh binaannya. Juga kajian telah menunjukkan Melayu dipercayai membina Piramid di Gunung Jerai dan Gunung Ledang, namun binaannya pada hari ini semakin kabur. Melayu telah membina pelabuhan lama di Lenggong. Juga kemudian terbina pelabuhan yg sgt sistematik di Melaka.

Candi-candi jawa yg terbina di serata tanahSriwijaya dan Majapahit, juga candi-candi di Angkor dan Funan. Semuanya itu hasil tgn Melayu.

Entah mengapa pula sampai bab sebuah masjid, kita boleh percaya ia dibuat oleh Bunian.

Namun, tidak dapat disangkal tentang hubungan masyarakat Melayu dgn makhluk halus terutamanya dlm bab Saka dan sihir. Mungkin tidak dpt disangkal ramai di antara pembina itu memakai saka peringan beban.

Untuk mengatakan ia 100% buatan bunian dan jin, maka ia sebenarnya telah menjatuhkan martabat kemahiran nusantara. Maka RMB percaya bahawa manusia juga boleh membina masjid yg tesergam indah itu.

Kita boleh mengambil contoh Kaum Tsamud yg mampu mengukir gunung menjadi penempatan. Piramid-piramid di serata Mesir juga. Tempat2 lama yg indah mampu dibina oleh manusia.

Juga ketinggian seni Istana Al-Hambra, Qubah As-Sakhra, Masjid Biru Istanbul dan Taj Mahal. Semuanya dari tgn manusia. Semuanya dgn izin Allah SWT.

Cukuplah Istana Sulaiman sahaja dibina Jin. Itulah salah satu mukjizat nabi Allah SWT.

Wallahualam
___________________________
 Ibnu Tuzah ~
Lajnah Makalah Sejarah 
_____________________________




Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments