Kerajaan Islam Awal Di Nusantara

OLEH: Taufiq Tuah

Maka pertembungan persoalan, apakah kerajaan Islam terawal di Nusantara?

❓Adakah Majapahit ialah kerajaan Islam?
🔴Ada orang yang mengatakan bahawa Majapahit adalah kerajaan Islam pertama di Nusantara. Kononnya kerana nama Raja Majapahit iaitu Gajah Mada ialah seorang Muslim bernama Gaj Ahmad. Keterangan ini hanyalah bualan kosong sahaja tanpa sebarang bukti. Malah, sejarah telah mengatakan bahawa Majapahit adalah kerajaan Hindu-Budha.

❓Apakah kerajaan Islam pertama di Nusantara?
🔴Mengikut sejarah rasmi, dipatrikan nama Kerajaan Pasai sebagai empayar Islam pertama di Nusantara. Tetapi yg lebih awal sebenarnya ialah kerajaan Perlak. Perlak terletak bersebelahan dengan Samudera Pasai.
    Namun, Perlak ini dipengaruhi oleh Syiah dan menjadi kerajaan Syiah di Nusantara. Ia muncul setelah orang-orang ternama kerajaan Perlak mula tertarik dengan pendatang Fatimiah  yg mula menduduki Perlak. Fatimiah telah dihalau dari kerajaan Abasyiah menyebabkan mereka membawa diri ke Nusantara.

    Namun, Revolusi Melayu Baru (RMB) masih lagi bersetuju jika dikatakan bahawa Samudera Pasai sebagai kerajaan Islam pertama kerana Pasai memainkn peranan sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara.
    RMB juga menolak Perlak sebagai kerajaan Islam pertama kerana bagi RMB, mazhab Syiah tidak layak mewakili agama Islam dalam segala hal.

❓Setelah Pasai jatuh, ada kah lagi kerajaan Islam di Nusantara?
🔴Setelah Pasai jatuh, maka naik pula nama Melaka sebagai pusat penyebaran Islam. Pada zaman ini, Islam juga mula tersebar di kerajaan lain dgn berberapa cara.

1. Sekumpulan Islam mula bermustautin dan membuka komuniti Islam di kawasan org tidak beragama.
2. Kahwin campur di antara Islam dan kafir (yg kemudian jadi mualaf).
3. Dakwah daie yg masuk di perkampungan.
4. Pihak kerajaan empayar yg berperanan membuka institusi Islam.
5. Perdagangan.
6. Membeli hamba dan mengislamkan mereka lalu memerdekakan mereka.

Setelah Melaka, maka semakin banyaklah kerajaan yg memilih Islam seperti nya Demak, Ajteh, Banjar, Banten, Mataram, Johor dan banyak lagi. Maka setelah jatuhnya kerajaan Melaka, Islam masih lagi mampu berkembang kerana kerajaan2 Islam baru yg muncul. Mereka juga memainkan peranan dalam penyebaran Islam.

Kerajaan Brunei juga antara kerajaan yg terawal menerima Islam di Nusantara.

Wallahualam


Patung yang mengisbatkan kepada Patih Gajah Mada


Peta Samudera Pasai

Rujukan:
1. Mencari Diri Dan Erti, Radzi Sapie, HR Publishing
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments