Empayar Penerus Dakwah Islam Nusantara

OLEH: Taufiq Tuah

Nusantara adalah kawasan yg agak berjauhan dgn Madinah dan Mekah iaitu tempat awal berkembangnya Islam. Malah, zaman Umayyah dan Abbasiyah juga tidak pernah meluaskan jajahannya ke Nusantara. (Walaupun ada dakwaan mengatakan keturunan diraja Bani Umayyah pernah menghantar wakil untuk bertapak di persisir kepulauan Jawa).

Hakikatnya, tidak ada hubungan kerajaan secara langsung diantara kerajaan nusantara dgn Kerajaan Umayyah dan Bani Abbasiyah.

Kerajaan Islam pertama di Nusantara ialah Kerajaan Samudera Pasai / Pasai. Ada yg mendakwa Kerajaan Perlak sebagai Kerajaan Islam pertama. Namun pihak RMB tidak bersetuju dengan hal tersebut memandangkan pendakwa mengatakan Perlak ialah Kerajaan Syiah berpengaruhi Fatimiah yg diusir dari Mesir.

🔴Bagi RMB, Syiah tidak layak untuk mewakili Islam dalam apa sahaja hal sekali pun. Itulah pendirian tegas RMB.

Samudera Pasai atau Samudera Darussalam muncul pada 1267. Menjadi empayar Islam pertama di Nusantara dan menjadi pusat pengembangan Islam terpenting di Nusantara. Kemudian Pasai diserang Majapahit dan jatuh pada 1350.

Namun, Samudera Pasai sempat sezaman dengan Kesultanan Melaka. Di mana pada ketika itu, dunia nusantara akan memilih pengajian agama terbaik adalah diantara Pasai dan Melaka.

Maka setelah jatuhnya Pasai, tinggal lah Melaka sebagai harapan Islam di Nusantara. Diwaktu yg sama juga, wali songo sedang menyebarkan Islam di dalam Kerajaan Majapahit walaupun diraja Majapahit tidak menerima Islam.

Harapan besar Islam di Nusantara bagaikan akan pudar pada 1511 setelah Portugis berjaya menjatuhkan Melaka. Namun tanggapan itu meleset sekali apabila Wali songo di Majapahit berjaya membentuk kerajaan Islam yg keluar daripada genggaman Majapahit iaitu Kerajaan Demak.

Kemudian muncul jugalah kerjaan-kerajaan Islam yg lain sepertinya Kerajaan Ternate di Maluku,  Kesultanan Johor (Kesinambungan Kesultanan Melaka) dan juga Kesultanan Acheh Darussalam.

Juga tidak ketinggalan Kesultanan Brunei Darussalam yg telah wujud sejak 1368. Maka tidak pernah pudar harapan Islam di Nusantara.

Oleh itu, kita hendaklah terus menegakkan martabat Islam yg sekian lama diperjuangkan ini. Perkukuhkan aqidah kita dengan sebaik-baik aqidah.

Wallahualam


Rujukan: Sejarah Umat Islam, HAMKA





___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi




Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments