PERJUANGKAN BUSANA MELAYU

Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai busana tradisional. Boleh lah kita senaraikan seperti Baju Melayu, Baju Kurung, Batik, Songket dan Kebaya.

Adapun pemakaian ini semakin lama semakin ditelan zaman.

Pihak RMB mengklafikasikan busana Melayu itu kepada 2 jenis.

1⃣ BUSANA MELAYU MENGIKUT SYARIAT.
Iaitu busana Melayu yg mematuhi syarat Islam seperti, menutup aurat, bersih dan kemas. Termasuk juga busana Melayu yg mengikut syariat ialah pengadaptasian Baju Kurung dengan tudung yg menutup aurat.

2⃣ BUSANA MELAYU TIDAK PATUH SYARIAT
Iaitu busana yg tidak mengikut Islam. Termasuklah juga baju kebaya yg ketat di bahagian badan wanita dan kain fabrik yg lut sinar sehingga menampakkan susuk badan.

🔶Maka busana Melayu yg patut kita pertahanankn ialah yg mana mematuhi syariat.

Namun pemikiran masyarakat nusantara moden sendiri yg ibarat menolak pemakaian busana2 ini.

Apabila seseorang memakai baju Melayu di tempat awam di bukan bulan raya, maka sudah tentu masyarakat akan berpandangan bahawa org itu baru balik dari kenduri.

Hatta, jika ada mereka yg memakai baju melayu di tmpt awam, maka  mereka akn terus disindir dan diperli .

Bagaimana ingin menegakkan busana Melayu jika org kita sendiri yg memperli hal tersebut.

Oleh sbb itu, busana Melayu semakin dikhaskan. Orang memakai baju melayu hanya ketika ingin ke masjid, kenduri, hari raya dan hari kahwin sahaja. Itu pun, sudah tidak ramai yg mengenakan busana Melayu ketika kenduri.

Jika memakai batik ditempat awam, secara automatiknya masyarakat moden akan fikir  bahawa org seperti ini ialah seorang 'YB' atau org seperti ini ialah org2 veteran berumur lanjut.

Kita bagaikan tidak bebas untuk memakai busana Melayu di tanah Melayu sendiri memandangkan masyarakat Melayu moden yg kira-kira memandang busana ini sebagai ketinggalan zaman.

Hatta wanita yg berbaju kurung akan di cap ketinggalan zaman.

Usaha kerajaan Malaysia dlm memastikan busana Melayu ini sentiasa wujud adalah dengar mewajibkan pekerja di sektor kerajaan memakai Baju Batik di setiap Khamis dan Baju Melayu di hari Jumaat. Hal ini adalah sgt wajar bagi memelihara budaya kita yg kian disisihkan.

Adapun bagi busana tidak mengikut syariat seperti kebaya, mungkin inilah masanya para pereka fashion untuk mencipta kebaya yg tidak menampkkan bentuk badan.

Mungkin hal ini bagaikan mencabuli budaya kebaya nenek moyang kita. Namun bukankah itu lebih baik daripada kita mencabuli kehormatan setiap pemakai kebaya yg ketat dan mencabuli undang2 Allah dlm pemakaian?

👉Sebagai Muslim, jagalah pemakaian sebagaimana kehendaknya Allah SWT.

👉Sebagai Melayu, peliharalah busana bangsa kita.

Wallahualam
___________________________
~ Ibnu Tuzah ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________


Comments