Penyataan Rasmi Parlimen 1978: Isu Freemanson

OLEH: Taufiq Tuah

Pada 25 Oktober 1978, seluruh ahli parlimen Barisan Nasional digemparkan dengan killer question daripada Tuan Guru. Ketika itu Tuan Guru adalah ahli parlimen bagi Pengkalan Chepa dan ketika itu juga Perdana Menteri ialah Tun Hussein Onn.

Apabila tiba gilirannya, Tuan Guru membangkitkan suatu soalan tentang pertubuhan Freemason di Malaysia. Di dalam soalannya itu Tuan Guru mempersoalkan “Mengapa kerajaan Malaysia tidak mahu mengharamkan pertubuhan itu yang semua orang telah jelas bahawa ia bercanggah dengan akidah Islam.”

Tuan Guru juga mendedahkan sehingga 1977, sebanyak 55 pertubuhan Freemason (lodges) berjaya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 . Dan keanggotaannya telah pun mencapai 2,984 ahli. Tuan Guru juga menimbulkan rasa khuatirnya dengan mengatakan golongan yang terlibat bukanlah calang-calang orang, ahli-ahlinya terdiri dari individu-individu elit dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

Dan yang paling mengejutkan, apatah lagi Tuan Guru sendiri, Tun Hussein Onn ketika menjawab soalan itu mengatakan kerajaan tidak bercadang langsung untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) walaupun mengakui ianya bercanggah dengan akidah Islam.

Bimbang sekiranya Tuan Guru akan bertanyakan soalan yang sama kepadanya, Dr. Mahathir bingkas membuat suatu ucapan panjang lebar di perhimpunan Agong UMNO yang ke-33 pada 10 September 1982 selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Kecaman berterusan PAS ketika itu terpaksa membuatkan Dr. Mahathir menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dan setiausaha politiknya dengan pertubuhan Freemason. Mahathir juga menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan ahli-ahli Freemason telah pun menjadi pekerja-pekerja sukarela UMNO dalam pilihanraya umum sejak 1974 lagi.

Wallahualam

Rujukan:
1. Pernyata Rasmi Parlimen Kelima Pengal Pertama Tahun 1978 
___________________________
~ Taufiq Tuah~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________



artikel via :- http://blog2-pakatan.blogspot.my/2011/03/pejuang-pro-demokrasi_10.html

Comments