Sokongan Terhadap Dr Zakir Naik

OLEH: Taufiq Tuah



Dini hari telah tersebar kontroversi yg melibatkan seorang pendakwah bebas iaitu Dr.Zakir Naik. Beliau didakwa sebagai pengganas oleh kerajaan India dan diburu oleh kerajaan itu.

Sejarah melakarkan pelbagai ujian yg menimpa kepada ulama-ulama dahulu dlm menyampaikan dakwah. Semoga Allah SWT merahmati usaha yg dibawa Dr. Zakir Naik.

Di Malaysia, isunya lebih teruk apabila ada juga golongan yg menyekat dakwah Dr. Zakir. Antara alasan yg timbul adalah kononnya Dr.Zakir akan menggugat ajaran Islam dan membawa penyelewengan Islam. Lebih ironi apabila hujah demikian dihujahkan oleh org bukan Islam.

Ada juga golongan Islam beserban putih yg cuba menyekat dakwah Dr Zakir. Sewenang-wenangnya melabel Dr.Zakir sebagai 'Wahabi' dan memomokkan masyarakat dengan perkataan itu. Dalam keadaan itu, Dr.Zakir sedang membawa  lebih ramai mualaf dn masih ada golongan berserban putih yg memburukkan Dr.Zakir.

Golongan yg baru meyerang Dr.Zakir ialah golongan liberal. Mereka tidak mempelajari AlQuran dan Hadis tetapi sibuk menafsirkan nas dan dalil mengikut kehendak akal mereka sendiri. Kita tidak tahu apakah propaganda dlm perbuatan mereka menyekat dakwah Islam ini. Namun apa lah perkataan yg lebih jelas untuk kita berikan kepada golongan ini selain 'pembelot agama'. Mungkin perkataan ini agak tegas namun pihak RMB juga tidak pernah berniat untuk berlembut ke atas mereka.

Kami dengan jelas akan bersama menyokong dakwah Islam yg dibawa oleh Dr.Zakir Naik malah mengecam sesiapa sahaja yg cuba mengahalang dakwah ini.

Allah befirman dalam Surah al Ahzab ayat 22;

ÙˆَÙ„َÙ…َّا رَØ£َÙ‰ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ُونَ الأَØ­ْزَابَ Ù‚َالُوا Ù‡َØ°َا Ù…َا ÙˆَعَدَÙ†َا اللَّÙ‡ُ ÙˆَرَسُولُÙ‡ُ ÙˆَصَدَÙ‚َ اللَّÙ‡ُ ÙˆَرَسُولُÙ‡ُ ÙˆَÙ…َا زَادَÙ‡ُÙ…ْ Ø¥ِلاَّ Ø¥ِيمَانًا ÙˆَتَسْÙ„ِيمًا
“Apabila orang-orang yang beriman melihat golongan (al-Ahzab) penentang  mereka lantas berkata inilah apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya . Benarlah Allah dan Rasul-Nya.(Namun mereka tidak gentar) bahkan semakin bertambah teguh keimanan mereka dan berserah kepada Allah.”

Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments