Tegaskan Pendirian Melayu Muslim

OLEH: Taufiq Tuah

Sebagai seorang Muslim, maka seharusnya ada berberapa perkara yg kira perlu tegaskn pendirian. Begitu juga halnya sebagai seorang Melayu.

Muslim perlulah tegas dengan akidah Islam. Sehinggakan apabila datang apa sahaja bentuk pemikiran yang menentang arus Al-Quran dan Hadis Sahih, kita masih teguh dengan pandangan Islam.

Kita juga tegas mempertahankan nama anbiya, para sahabat dan ahlul bait sehingga jika ada pihak yang menfitnah mereka, kita teguh membuktikan dusta yg mereka lemparkan.

Ada yg menfitnah Rasulullah SAW sebagai penggila seks. Juga yg menfitnah Ummul Mukminin sebagai pemalsu hadis. Ada juga yg mendakwa diri mereka sebagai Ahlul Bait sedangkan mereka bukan lah ahlul bait. Atas nama ahlul bait itu mereka meng halalkan apa yg haram mengikut kehendak mereka atas alasan "Aku cucu nabi!". Kita tegas menentang golongan-golongan seperti ini.

Kita juga menentang dan bertegas bagi sesiapa yg menunggang nama agama ini untuk kepentingan diri mereka. Mereka yg memakai jubah dan serban supaya laris jualannya. Mereka yg menjampi doa tertentu pada air untuk dijual kembali dengan keuntungan yg lumayan. Ada juga yg mendengarkan ayam ternakan mereka dengan doa dengan alasan ayam yg mereka jual ialah ayam 'Islamik'. Kita tegas menolak penyalah gunaan nama agama ini.

Cabarannya disini ialah apabila Islam yg tulen telah dicampur adukkan dengan adat resam budaya Melayu sehinggakan insan keliru yg manakah syariat Islam dn yg manakah adat Melayu.

Melayu mempunyai berberapa adat tahyul dan kurafat. Juga adat Melayu memuja di kubur tertentu dan menggunakan ayat tertentu dalam AlQuran untuk jampi serapah adalah kelakuan syirik. Sebagai Muslim, maka perlu untuk bertegas, meninggalkan segala budaya tahyul, syirik dan khurafat di dalam adat Melayu.

Sebagai Melayu, ketegasan itu perlu apabila ia melibatkan hak dan kepentingan orang Melayu. Apabila hak Melayu cuba digondolkan, maka bangsa Melayu lah yg perlu lantang menyekat usaha jijik itu. Ada juga yg cuba mensetarafkan kerakyatan Bumiputera dan Bukan Bumiputera, maka Melayu lah yang perlu bangkit bagi memperkukuhkan taraf Melayu di Tanah Melayu ini.

Ada juga golongan yg cuba menafikan sejarah gahnya Melayu, maka Melayu lah yg perlu bangkit membuktikan sejarah kemegahan itu benar (tanpa ada sebarang tokok tambah kisah syirik dan tahyul).

Ada yg cuba menjual tanah Melayu kepada org luar, maka Melayu lah juga yg perlu mempertahankan dan mengambil tindakan kepada penjual bangsa ini.

Cabaran datang lagi apabila adat budaya luar yg buruk sudah mula meresapi anak Melayu. Maka Melayu perlu tegas, menepis segala budaya keji ini. Daripada media, dunia luar membawa pengaruh LGBT, pengaruh bahasa yg buruk, pengaruh pemakaian yg mencolok mata dan pelbagai lagi akhlak keji yg cuba diterapkan. Oleh itu, Melayu perlu tegas menentang segala percubaan mempengaruhi anak bangsa ini daripada keburukan.

Maka betapa pentingnya ketegasan bagi Muslim dan  Melayu agar kita teguh berdiri di atas nama Islam ini. Kita menentang siapa sahaja yang cuba mengapa-apakan Islam dan Melayu ini kerana itu lah tanggungjawab kita apabila bergelar Melayu Muslim. Kita juga perlu tegas menzahirkan permusuhan kita kepada musuh-musuh Islam dan juga musuh-musuh bangsa. Termasuk lah juga memusuhi pembelot-pembelot agama dan Melayu secara nyata malah tidak sekali-kali bersetuju apatah lagi bersama-sama dengan mereka.

 Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________


Comments