Konflik Ikhwanul Muslimin Dengan Arab Saudi

OLEH: Taufiq Tuah

Topik kali ini ialah topik yg sebenarnya sedikit sebanyak akan berkait dengan Malaysia. Hal ini kerana banyak NGO² atau Jemaah Islam di dalam Malaysia menjadikan Ikhwanul Muslimin (IM) sebagai kayu ukur dan juga rujukan. Maka apa sahaja yg dilontarkan kepada IM akan turut dirasai oleh NGO dan Jemaah yang berkenaan.

Ikhwanul Muslimin ialah satu Jamaah Islam yg di asaskan oleh Imam Hassan Al-Banna di Mesir. Bergerak pada awalnya dengan jalan tarbiyah dan mensasarkan golongan-golongan muda di dalam Mesir. Setelah lama usia, IM mula matang dengan pengalaman dan berkembang menjadi satu jemaah yg hebat. Sehingga akhirnya berjaya membentuk Parti Politik. IM juga membuka cawangan di berberapa negara lain. Nama IM yang berada di Palestin ditukarkan kepada HAMAS dan HAMAS ialah kerajaan sah Palestin (Gaza) semasa artikel ini ditulis.

Arab Saudi ialah negara terbesar di tanah hijjaz. Diketuai oleh keluarga diraja berketurunan Saud. Kepimpinan diraja ini juga diapit oleh ulama-ulama terutamanya daripada keturunan At-Tamimi. Menunjukkan peranan ulama adalah sangat penting dalam pemerintahan Arab Saudi. Arab Saudi adalah antara satu-satunya negara yg masih mengamalkan pemerintahan beraja sebagaimana Brunei Darussalam.

Arab Saudi berpandangan bahawa IM ialah perpecahan untuk agama. Hal ini kerana IM mencetuskan kepada sifat fanatik kepada organisasi.

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikitpun tanggungjawab mu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat”
[Al-An’am ; 159]

Arab Saudi sangat berpegang dengan sifat perlunya taat kepada pemimpin. Jika tidak bersetuju dengan pemimpin, maka tegurlah pemimpin itu dengan berhemah dan taatilah pemimpin selagi mana pemimpin mentaati Allah SWT.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu.” [An Nisa’ : 59]

IM pula bersifat kuat membantah kerajaan Mesir sepanjang sejarah mereka. Juga IM membakar semangat permusuhan terhadap pemerintah sesebuah negara sebagaimana pembunuhan yg dilakukan oleh IM terhadap Mahmod Fahmi iaitu perdana menteri Mesir ke 27.

Seorang tokoh Ikhwan, Sheikh Yusuf Al Qardhawi berfatwa menghalalkan darah pemerintah Libya iaitu Muammar Gaddafi. Akhirnya Muammar Gaddafi di bunuh. Selepas kejadian itu, Libya tidak pun menjadi lebih baik.

Di dalam Islam, kita tidak boleh membunuh mana-mana pemerintah walaupun kita tidak sependapat dengan mereka. Tegurlah pemimpin dengan berhemah.

Selain itu, Arab Saudi melihat bahawa IM mempunyai hubungan baik dengan Iran. Arab Saudi pula sememangnya anti pada Iran. Maka sesiapa sahaja yg bersekongkol dengan Iran tidak akan disukai oleh Arab Saudi.

Saya percaya artikel ini bakal memberi tempias kepada ahli jemaah Islam di Malaysia yg rata-rata jemaah menjadikan IM sebagai rujukan berorganisasi. Namun hakikatnya, kebenaran tetap tidak boleh kita sembunyikan.

Wallahualam







Comments