Masjidil Al-Aqsa, Realiti Masa Kini

OLEH: Pen Merah

Pada bulan ini, kita dikejutkan dengan tindakan mengejut apabila berlakunya rusuhan diantara penduduk Islam Palestin dengan Regim Zionis di perkarangan Masjidil Al-Aqsa. Kononya atas alasan keselamatan, masjid Al-Aqsa terpaksa ditutup sehingga menyebabkan berlakunya pertempuran yang berakhir dengan kematian 10 pemuda Palestin dan 2 Polis Israel.

Kejadian ini manjadi lebih parah apabila imam Masjidil Al-Aqsa, Syeikh Ikrimah Sabri cedera akibat ditembak sewaktu menunaikan solat di luar perkarangan masjid. Apa yang dimaklumkan kepada penulis, Israel membuka balik semula pintu masjid tetapi harus melalui alat pengesan logam sebelum masuk ke masjid.

Hal ini menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati malah menteri pertahanan Israel, Shin Bet sendiri mencadangkan agar alat tersebut dibuang namun polis Israel enggan melakukannya atas alasan keselamatan.

Bagi, penulis. Ini tidak lain tidak bukanlah, hanyalah suatu permainan bagi regim zionis mempermainkan rakyat palestin, jika dilihat dari sejarah, Ianya berlaku buat KALI PERTAMANYA semenjak Israel memerintah tanah haram ini pada 1969, Apa yang lebih menyukarkan lagi, isu ini dipandang remeh oleh OIC (Oranization Islamic Country) sedangkan isu ini adalah isu umat Islam sejagat.

Realiti masa kini lebih menyedihkan tambah lagi dengan isu hubungan diplomatik di antara negara Israel dengan Arab.

Penulis berharap agar pihak yang sepatutnya bertindak segera sebelum terlambat. Jangan pelik jika suatu hari nanti, Masjidil Al-Aqsa bakal dikuasai oleh Zionis sepenuhnya sekiranya kita masih tidur sampai sekarang.


WALLAHU'ALAM



___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi



Comments