Raja Salman Buka Pintu Al-Aqsar

OLEH: Taufiq Tuah

#Raja_Salman_Buka_Pintu_AlAqsa

Hashtag ini telah menjadi trending sedunia di Twitter sejak semalam apabila portal berita Elaph melaporkan campurtangan Khadam Dua Tanah Suci itu dalam isu terhangat di Palestin; penutupan pintu-pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa oleh pemerintah Israel.

Dilaporkan Raja Salman (hafizhahullaah) telah secara peribada menghubungi Rumah Putih untuk mengarahkan Israel membuka kembali pintu Masjid Al-Aqsa yang telah ditutup. Benjamin Netanyahu khabarnya berjanji kepada Raja Arab Saudi itu bahawa hal yang sama tidak akan berulang lagi sambil beliau menjemput pemerintah utama negara teluk itu melawat tapak pintu masuk ke kiblat pertama umat Islam tersebut untuk melihat sendiri fasiliti keselamatan seperti yang didakwa oleh penguasa negara penjajah zionis itu yang baru dibangunkan untuk memelihara keselamatan pengunjung.

---------------------

Komen saya:

Berita seperti ini dan banyak lagi berita-berita lain yang kebanyakannya tidak disiarkan oleh media-media utama dunia termasuk media timur tengah Al-Jazeera. Berita sama juga turut dilaporkan oleh portal berita Israel, Haaretz (gambar). Pada tahu 1982 Raja Fahd (rahimahullaah) juga pernah secara peribadi menerusi Presiden Amerika Ronald Reagan untuk memaksa Israel keluar dari Lubnan bagi memberi ruang kepada pemimpin PLO Yasser Arafat (rahimahullaah) untuk berhijrah ke Tunisia.

Semoga Allah terus memelihara Khaadimul Haramain Al-Syareefain dan memberi baginda taufiq untuk terus mengepalai usaha membebaskan Al-Quds.

http://elaph.com/Web/News/2017/7/1158455.html

#الملك_سلمان_يفتح_أبواب_الأقصى

Kredit: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya






___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Comments