OLEH: Taufiq Tuah
Disebalik konflik Arab Saudi dengan Qatar, Khadimul Haramain As-Syarifain, Salman bin Abdul Aziz Al-Saud Hafizahullah mengarahkan agar jemaah Haji Qatar yang menjadi tetamu haji diraja Arab Saudi dibawa menggunakan pesawat khas. Dimana kesemua kos penerbangan pesawat khas berkenaan dibayar oleh Raja Salman.
Kita dapat melihat bahawa konflik di antara mereka masih lagi dalam keadaan profesional. Arab Saudi tidak pernah menyekat jemaah Qatar daripada menunaikan rukun Islam kelima itu. Malah memberi peluang pula dengan membiayai perjalanan mereka.
Begitu juga ketika berlaku penghalauan rakyat Qatar di Arab Saudi. Pihak Arab Saudi masih membenarkan keluarga Arab Saudi yang ada kerabat di Qatar untuk bertemu dan tidak memutuskan silaruttahim sesama mereka.
Hal ini menunjukkan bahawa kepentingan menjaga hak sesama Muslim itu tidak terabai. Berbeza halnya dengan Iran kerana Iran Syiah sering membawa onar ke dalam Mekah. Seperti letupan Masjidil Haram pada tahun lepas dan berberapa siri mengkeji Saidina Abu Bakr R.A di makamnya.
Tidak lupa juga cubaan-cubaan serangan Syiah Houthi ke atas Mekah. Maka mereka Syiah dan Iran sememangnya layak disekat kerana kemudharatan yang telah mereka lakukan.
Semoga konflik ini tidak berpanjangan. Semoga kita tidak berseangkatan dengan Syiah. Semoga Allah merahmati Khadimul Haramain As-Syarifain, Salman bin Abdul Aziz Al-Saud Hafizahullah.
Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment