OLEH: Taufiq Tuah
Candi Borobudur ialah antara kesan peninggalan sejarah tertua di Nusantara. Ia dipercayai memulakan binaan pada 770M.
Candi ini dipercayai dibini oleh penduduk-penduduk Budha setempat. Hari ini, Candi Borobudur menjadi salah satu tarikan pelancongan di Indonesia.
Ada berberapa dakwaan yang mengatakan bahawa Candi Borobudur sebenarnya dibina di tempat lain, kemudian Nabi Sulaiman A.S memerintahkan Jin untuk memindahkan kedudukan candi tersebut ke Borobudur. Adakah sahih dakwaan ini?
1. Borobudur dibina pada abad ke-7 Masihi. Seperti yg kita tahu, tahun masihi dicipta selepas naiknya Nabi Isa A.S kelangit.
Maka 7 abad selepas tahun masihi bermaksud setelah 700 tahun selepas peristiwa Nabi Isa A.S itu . Jarak di antara Nabi Isa A.S pula begitu jauh dengan zaman Nabi Sulaiman A.S. Jauhnya jurang tahun di antara zaman Nabi Sulaiman A.S dengan Candi Borobudur dibina membuktikan bahawa Nabi Sulaiman A.S tidak meminta jin mengalihkan candi tersebut.
2. Mengapa pula Nabi Sulaiman A.S nak membantu mengalihkan candi tersebut sedangkan candi tersebut milik Budha.
3. Nabi Sulaiman A.S ialah termasuk daripada keturunan Bani Israel. Tidak ada kaitan Bani Israel dengan Borobudur sejak dahulu mahupun hari ini.
4. Tidak ada sebarang dalil Al-Quran mahupun hadis sahih/hasan yg menyokong dakwaan tersebut. Malah, mempergunakan nama Nabi Sulaiman A.S adalah sangat tidak bertanggungjawab. Semoga yang mendakwa hal demikian bertaubat.
Kesimpulannya, dakwaan ini adalah dakwaan yang dusta. Segala kisah dusta seperti ini haruslah ditegah.
Wallahualam
_________________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment