Kayu Bahtera Nabi Nuh AS Berasal Dari Nusantara?

OLEH: Taufiq Tuah

Sejak berberapa abad, telah muncul dakwaan bahawa Bahtera Nabi Nuh A.S adalah daripada kayu koka. Oleh itu, ramai jemaah haji dari nusantara yg akan beli tasbih kayu koka ini sebelum pulang dari haji atau umrah.

Kemudian, datang pula dakwaan bahawa Bahtera Nabi Nuh A.S dan Kapal milik Tariq Bin Ziyad ialah kayu dari Kedah. Tidak lupa juga ada dakwaan bahasa bahtera Nabi Nuh A.S diperbuat daripada kayu Indonesia.

Satu demi satu dakwaan timbul untuk kepentingan sendiri. Adakah benar dakwaan-dakwaan ini?

Allah SWT tidak pernah menjelaskan bahan kayu apa yang digunakan untuk membina bahtera tersebut. Malah tidak pernah juga ada di dalam hadis2 sahih mahupun hassan.

Muncul pula persoalan kenapa Allah SWT tidak menjelaskn hal tersebut di dalam Al-Quran?

Hal ini kerana sirah di dalam Al-Quran ialah sirah yang mana kita perlu mengambil ibrahnya. Mengamati tauladannya dan iktibarnya. Sebab itu, Al-Quran tidak perlu menjelaskan kayu apa yg digunakan ketika membina bahtera Nabi Nuh A.S. Sama juga halnya dengan nama-nama pemuda Al-Kahfi. Tidak ada sesiapapun yg mengetahui nama-nama mereka. Juga Allah SWT tidak pernah menjelaskan di dalam Al-Quran jenis anjing yg bersama di dalam gua tersebut.

Sebagai Muslim yg bertanggungjawab, seharusnya kita tidak menokok-tambah cerita dengan kisah yg bukan daripada Al-Quran. Jika Al-Quran tidak nyatakan jenis kayu tersebut, maka tiada kepentingan pun untuk tahu bahan tersebut. Jika penting, sudah tentulah Allah SWT menjelaskannya di dalam Al-Quran.

Adakah logik kayu itu diambil dari Nusantara?

Jika diperbahaskan tentang logik, saya berpandangan ianya kurang logik.
Hal pertama, rangka yg dipercayai bahtera Nabi Nuh A.S dijumpai di Turki. Sudah tentu ia agak jauh dari nusantara walapun pada masa itu peta benua kita berbeza.

Hal kedua, Nabi Nuh A.S membina bahteranya di atas bukit di tgh padang pasir. Oleh sebab itu, kaumnya ketika itu menggelar baginda gila. Logiknya, kayu yg diambil sudah tentulah kayu samada dari tumbuhan hijjaz, atau madeteranian kerana khatulistiwa tidak berdekatan. Pokok Jati, Cenggal dan Kulim seperti yg didakwa ialah hidupan Khatulistiwa.

*Bukan kah setiap kaum ada nabi nya? Maka siapakah nabi untuk nusantara?

Wallahualam. Namun, mungkin sahaja ada nabi2 yg tidak wajib diketahui. Kerana nabi-nabi yg 25 itu telah Allah SWT sebutkan kaum mereka diturunkan. Antaranya kaum Tsamud, Sadum, Ad, Madyan, Babylon, Bani Israel dan Arab. Tidak ada pula nama2 empayar Melayu lama di dalam Al-Quran seperti Mataram, Srivijaya, Chihtu atau Angkor. Ini membuktikan Nabi Nuh A.S bukan rasul atau nabi untuk Melayu.

*Adakah kaum Nabi Nuh A.S ialah Melayu Proto?

Tidak kerana Melayu Proto hanyalah Orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar, Jakun, Semelai dan Tenuan.

Maka dakwaan hanya tinggal dakwaan. Tidak dibuktikan dengan dalil AlQuran mahupun hadis.

Jika pun benar Bahtera Nabi Nuh A.S daripada Nusantara, tidak lah sedikit pn hal itu meninggikan darjat Melayu berbanding bangsa lain. Hal yg membezakan kita hanyalah iman dan amal soleh. Wallahualam.
_________________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________


(Gambar hiasan semata-mata)



Comments