Melayu - Negrito

OLEH: Taufiq Tuah

Menurut pendapat Asmah Haji Omar, sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamakan sebagai 'penduduk asli'. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai 'Orang Negrito'. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8,000 sebelum masihi.

Mereka tinggal dalam gua dan mata pencarian mereka adalah memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai 'Zaman Batu Pertengahan'. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5,000 sebelum masihi iaitu pada zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austranesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai dan sebagainya.

(Dipetik dari Membongkar Rahsia Dunia Melayu, Srikandi, Al-Semantani, Ibnu Rusydi, Hijjaz Record Publishing, 2015)


Bagi saya, Negrito ini sememangnya tidak mempunyai ras seperti kita. Hanyasanya mereka mendiami nusantara ini lebih awal daripada Melayu Proto. Di pentas sejarawan, masih berlaku perbahasan samada mereka termasuk daripada Melayu atau Afrika. Wallahualam.
_________________________________
️~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________

Orang Melayu Negrito diiktiraf oleh Malaysia sebagai penduduk Bumiputra dan di abadikan di dalam salah satu set setem 'Gaya Hidup Orang Asli'  pada 27/9/2010. 

Comments