Merungkai Kebenaran Hang Tuah Membunuh Hang Jebat?

OLEH: Taufiq Tuah

Al-Kisah bermulalah tinta.

Ingin diperbincangkan kali ini tentang konflik di antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
Adakah benar Hang Tuah membunuh Hang Jebat?

Mengikut sejarah 'rasmi' sepertimana yg diketahui, Hang Tuah telah difitnah bermukah dengan gundik istana. Kemudian dititahkan oleh sultan agar membunuh Hang Tuah.
Tugas membunuh ini diberikan kepada  bendahara.

Namun tidaklah dibunuh olehnya Hang Tuah itu. Disembunyikan Hang Tuah dalam keadaan nafasnya di Hulu Melaka. Agar yang mengenalinya tidak jumpa dan agar sultan tidak tahu. Tanda perikemanusiaan seorang bendahara.

Sehinggalah seketika Hang Jebat bangkit membuta tuli. Membunuh siapa yang melintasi. 700 perempuan istana menjadi mangsa bunuh berang sang 'wira' durjana. Seluruh istana diugut binasa atas nama Tuah saudaranya. Saudara yang difikir mati kubur entah di mana.

Sultan titah lagi sekali, membunuh wira yang satu lagi yakni Hang Jebat si wira berani. Lalu pergi lah Lekir dan Leqiu berdiri namun tak berjaya dan undur diri. Sehingga kesal menyelubungi diri sultan hiba bersemi. Kalaulah tidak dibunuh Hang Tuah, kan pasti bencana tidak terjadi.

Kemudian bendahara bangkit berdiri memecah rahsia yang lama dikunci. Hang Tuah hidup dan tidak mati sedang bersembunyi di Hulu Melaka. Menunggu waktu sesuai menanti agar bisa diperkenal semula. Laksamana lama Hang Tuah namanya.

Maka sultan tiada pilihan lagi, Hang Jebat berang menebas keris. Habis istana kucar dan kacir. Hati tak tahan menahan perit. Dititah Hang Tuah, membunuh Hang Jebat kali ini.

Oleh kerana sultan menitah, maka terpaksa dituruti. Bertembur di dalam istana hingga mati salah satunya. Maka mati Hang Jebat dek titah sultan Melaka. Hang Tuah , membunuh Hang Jebat 'derhaka'.

-----------------------------------------------------------------------------
Begitulah kisah Hang Tuah jika diteliti daripada cerita rakyat 'rasmi' masyarakat Malaysia. Adapun begitu, ada pihak yang mendakwa Hang Tuah sebenarnya tidak membunuh Hang Jebat. Walau apapun dakwaan sejarah ini, kita dapat menyimpulkan bahawa Hang Jebat sememangnya menghuru-harakan istana.

Kali ini ingin sekali RMB mengulas serba sedikit kisah disebalik kisah Hang Tuah ini.

1. Perbuatan mengamuknya Hang Jebat itu sebenarnya termasuk di dalam ciri-ciri Bughah. Hal ini kerana Hang Jebat sewenang-wenangnya mengangkat senjata dan mengamuk di dalam istana (kediaman sultan). Oleh itu, Hang Jebat di dalam kes ini sememangnya berada dalam kesilapan.


2. Perbuatan Hang Tuah membunuh Hang Jebat pula iala bertepatan dengan ketaatan rakyat kepada ulul amri. Hal ini juga berlandaskan ayat Al-Quran,


ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ø£َØ·ِيعُوا اللَّÙ‡َ ÙˆَØ£َØ·ِيعُوا الرَّسُولَ ÙˆَØ£ُولِÙŠ الْØ£َÙ…ْرِ Ù…ِنكُÙ…ْ
“Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan ulul amri di antara kalian.”
 [An-Nisaa: 59]

Di dalam konteks ini, sultan adalah Ulul Amri . Oleh itu, selayaknya Hang Tuah mentaati perintah sultan itu.


3. Hang Jebat sememangnya boleh dihukum bunuh setelah Hang Jebat sendiri telahpun membunuh perempuan-perempuan di dalam istana tanpa hak.  Hukuman membunuh Hang Jebat ini ialah bertepatan dengan undang-undang yang dijalankan di zaman empayar Melaka iaitu "Nyawa di balas nyawa" dan bertepatan juga dengan hukum Islam iaitu Qisas.


Oleh itu, kita tidak boleh nak menuduh Hang Tuah tidak mengenang budi Hang Jebat. Tidak boleh juga untuk mengangkat Hang Jebat sebagai wira atau penegak hak di dalam kes ini.

Bagi yg berpandangan bahawa Hang Tuah tidak membunuh Hang Jebat, saya merasakan bahawa kisah sejarah ini sebenarnya telah kabur. mungkin jadi benar atau juga sebaliknya. Sejarah Melayu juga tidak dijaga dengan sanad dan perawi sebagaimana ingin mengumpulkan hadis, oleh itu sukar untuk menentukan kesahihan cerita kecuali dengan menggunakan jalan mengkaji peninggalan sejarah.

Walauapapun kisah, PENA ingin menitik beratkan iktibar yg dpt kita ambil daripada kisah Hang Tuah dan Hang Jebat ini.

Wallahualam.
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________



Comments