OLEH: Pen Merah
Bangsa Rohingya ataupun Dalam bahasa Myanmar ROHINGGA merupakan suatu bangsa yang telah menetap di daerah Rakhine ( bersebelahan Bangladesh) dan mereka memiliki jumlah seramai 1.4 juta orang.
Menurut sejarah, bangsa Rohingya berasal dari tanah Arab dan Parsi. Maka tidak hairanlah jika jumlah mereka di tanah Arab Saudi mencecah hampir 400 ribu orang.
Mereka telah berkembang dan kemudian mendirikan penempatan mereka di Daerah Rakhine.
Konflik ini bermula apabila kedatangan British di negara Myanmar, hak dan kebebasan rakyat Rohingya telah disekat dan ramai di antara mereka dibunuh secara kejam manakala perempuan pulak tidak lain tidak bukan dijadikan hamba nafsu semata2
Meskipun setelah Myanmar telah mencapai kemerdekaan. Hak bangsa Rojingya masih lagi dinafikan. Statistik menunjukkan hanya 50 ribu sahaja bangsa Rohingya diterima sebagai rakyat myanmar dan selebihnya dianggap sebagai orang luar.
Episod yang lebih duka lagi apabila Tentera Myanmar melancarkan operasi Naga 1984 ( jikalau tidak silap) di mana operasi besar-besaran yang dilanjarkan oleh junta tentera dalam membasmi kewujudan bangsa ini.
Manakala Negeri Rakhine bakal ditukar menjadi negeri Buddha.
Buat masa sekarang. Tidak ramai negara yang ingin menolong bangsa yang tertindas ini. Bangladesh yang dahulunya sekutu kuat Bangsa Rakhine tidak berminat dalam menolong malah menghalau mereka pulang. Negeri Thailand yang dianggap sebagai Gajah Putih turut melakukan hal yang sama.
Semoga Allah mencucuri roh mereka yang terkorban sepanjang penindasan mereka. Wallahualam
Artikel berkaitan:
___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment