Sepatutnya Intifadah Itu Bagaimana?

OLEH: Taufiq Tuah

Pada peristiwa Intifadah Pertama (1987 - 1993), rakyat Palestin bangkit menentang keganas Zionist Israel. Bangkit dengan segala kudrat semampu. Mogok, tidak bayar cukai malah sehingga lah tahap menentang dengan senjata. Malangnya, senjata rakyat Palestin pada ketika itu sekadar batu-batuan, lastik dan apa sahaja barang sekitar yg boleh dilontar.

Pada sudut ini, kita melihat bahawa Intifadah Pertama telah menggerunkan Zionist Israel. Beraninya pemuda-pemuda muslim melastik tentera bersenjata.

Namun, apakah hasil Intifadah Pertama? Serangan balas daripada pihak Zionist itu lebih memudharatkan rakyat Palestin. Intifadah Pertama hanya mampu mepercepatkan Perjanjian Oslo. Namun perjanjian itu tidak pun menamatkan persengketaan.

Mudharat yg lebih berat jatuh kepada rakyat Palestin setelah serangan balas, ramai nyawa yg terkorban, juga yg jd tahanan. Banggunan roboh beserta hospital dan masjid. Maka kita dapat simpulkn Intifadah Pertama banyak memudharatkan drpd memberikan hasil.

Apa yg Israel dapat? Serangan lastik dan batu yg tidak mampu membunuh. Dan dapat pula membalas serangan lastik tersebut dengan serangan bom di tengah bandar Palestin. Sungguh lumayan.

Mari kita telusuri sirah Rasulullah SAW dalam menanggani isu seperti ini. Orang2 muhajirin pada asalnya duduk di Mekah. Kemudian pihak Kafir Quraisy telah menzalimi, mendera dan membunuh orang2 Muslim.

Rasulullah SAW tidak sekali-kali memerintahkan ummat pada ketika itu, "pergi baling batu kepada mereka".

Sebaliknya, Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Membentuk kekuatan di sana dan kembali semula ketika Fathul Mekah.

Ketika di  Madinah, Rasulullah SAW juga melalui berberapa siri perperangan dengan persediaan senjata yg cukup syarat untuk berperang. Dibantu oleh saudara semuslim Ansar mempertahankan pula tanah Madinah. Rasulullah tidaklah pergi hari ini, dan pulang pada esoknya ke Mekah. Tetapi proses pembukaan semula kota Mekah itu memakan masa bertahun-tahun.

Apa ibrah yang boleh diambil dari sini? Rasulullah SAW hijrah ke kawasan lain. Kerana Rasulullah SAW tahu kemudharatan yg bakal berlaku pada waktu itu. Sedangkan pada waktu itu Saidina Hamzah R.A dan Saidina Umar Al-Khatab sudah dipihak Islam. Namun Rasulullah SAW tetap juga berhijrah ke Madinah untuk membina kekuatan.

Sanggupkah kita melihat Masjidil Aqsar dikuasai oleh Zionist Israel? Wallahi bagi saya sendiri sangat berat untuk melakukannya. Namun, kita bukannya lari dari perjuangan. Malah, kita membina perjuangan. Rasulullah SAW sendiri terpaksa melepaskan sementara Kaabah kepada Kafir Quraisy.

Kemudian, Rasulullah SAW mempertahan kan Madinah pula kerana pada waktu itu kekuatan telah dilatih dan dibina mampat. Rasulullah SAW mampu membentuk 300++ bala tentera siap dengan senjata di tangan (parang, pedang, busur, perisai).

Tidaklah pula Rasulullah SAW gopoh membuat seruan jihad ketika ummat sedang bertebaran di dalam Mekah tanpa senjata yg teratur. Ini lah kebijaksaan Rasulullah SAW.

Gaya ini juga diambil oleh berberapa kerajaan Khilafah. Apabila sesuatu bandar bagaikan tidak kuat ketika diserang,  panglima terpaksa membuat perintah berundur dan pindah ke bandar lain. Kemudian, menyerang kembali bandar yg ditinggalkan itu setelah siap-siaga.

Intifadah kedua pula bermula pada September 2000. Ia belum berakhir secara rasminya. Pada waktu ini, Brigade Izzudeen Al-Qassam menjadi watak utama memandangkan mereka ialah di bawah pengelolaan HAMAS (Ikhwanul Muslimin di Palestin).

Mereka telah mempunyai senjata yg kukuh. Beserta roket-roket mereka yg mampu sampai ke Tel Aviv. Apapun dakwaan itu, mereka masih lagi tidak setaraf dengan persenjataan Zionist. Namun syarat persenjataan untuk siap perang itu boleh dikira sebagai mencukupi dan sesuai untuk pertempuran.

Jika telah dilaungkan seruan jihad, maka sepatutnya seluruh rakyat Palestin juga turut berperang sama. Rakyat Palestin tidak boleh mengharapkan Brigade Al-Qassam semata-mata. Adapun  begitu, masih ada usaha-usaha Arab Muslim di sekitar Hebron yg sering tersiar merejam batu ke
 arah Israel. Semoga Allah SWT bersama-sama mereka yang ingin menegakkan agamaNya.

Saya tidak memperbincangkan dari mana senjata yg diperolehi HAMAS. Adapun bagi saya ia merupakan kesamaran. Ada yg mengatakn dari Hizbusyaitan (syiah), ada yg kata Israel sendiri memberikan senjata kpd HAMAS . RMB tawaquf dalam mengupas isu ini. Semoga mana-mana institut pengkajian bertabayun untuk mengetahuinya.

Dalam isu Palestin, kita tidak boleh mengabaikan usaha-usaha sesetengah kerajaan rasmi negara yang sering membantu Palestin. Misalnya Kerajaan Arab Saudi yg mengugut Israel untuk membuka kembali Masjidil Aqsar yg ditutup Israel. Namun berita ini tidak diceritakan melalui berita Al-Jazeera. Mungkin kerana Al-Jazeera (berpusat di Qatar) berdendam dengan Arab Saudi yg memutuskn hubungan dgn mereka.

Juga tidak lupa kepada NGO-NGO yg tidak putus memberikan sumbangan kepada Palestin.

Kesimpulan, untuk menentang tentera kafir, ukur dahulu baju di tangan sendiri. Kemudian usahakn kekuatan dan tawakal. Sesungguhnya kemenangan itu pasti. Wallahualam




Comments