OLEH: Taufiq Tuah
Tidak dapat dinafikan dakwaan ini semakin hari semakin menular di media sosial. Oleh sebab itu, pihak RMB pernah mencadangkan idea tatacara menjaga mereka di negara kita.
( Cadangan ada di link, http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2017/09/bagaimana-langkah-menjaga-pelarian.html )
Adakah perlu hantar mereka pulang ke Myanmar? Adakah perlu hentikan bantuan kepada mereka?
1. Kita perlu teruskan bantuan kepada mereka. Hal ini kerana bukan semua Rohingya itu bersifat macam yg didakwa.
2. Berbicara tentang biadab dan pengotor, rakyat Malaysia sendiri tidak lari dari sifat terkutuk ini. Sampah dan puntung rokok yang dibuang melalui tingkap kereta dengan alasan "Nanti majlis perbandaran kutip". Adakah itu tidak pengotor?
Juga gaya anak muda hari ini yg menjadikan bahasa kesat dan tidak elok. Bukan sahaja anak muda, malah ayah anak juga memaki orang lain dengan penuh bahasa yang keji. Adakah itu kesopanan? Tidak termasuk komen2 memaki yang ditulis oleh rakyat Malaysia kepada rakyat Rohingya melalui media sosial.
3. Apa salahnya membantu sesama Islam? Hari ini mereka dalam kesulitan. Insyaallah jika kita dalam kesulitan esok hari, Allah SWT pula akan membantu kita.
4. عَنْ أَبِيْ حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ خَادِمِ رَسُوْل الله عَنْ النَّبِي قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik, khadim (pembantu) Rasulullah SAW, dari Nabi SAW, Beliau berkata, “Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya, sampai ia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya”.
(Sahih Bukhari)
Mungkin kita tidak mampu menjadi sehebat orang Ansar yang memberi orang Muhajirin untuk duduk serumah dengan mereka. Namun setidak-tidaknya, berilah mereka peluang untuk berteduh di negara kita.
4. Naluri sifat kemanusiaan sepatutnya menjadi daya tolak aga kita membantu manusia dalam kesusahan. Sanggupkah kita melihat saudara kita dibakar hidup2 dan dibunuh beramai-ramai. Ditenggelamkan kapal mereka sehingga mereka terkapai-kapai di lautan. Dihanyutkan mereka di tengah laut tanpa makanan sehingga mereka sesama mereka mati seorang demi seorang.
Sebagai manusia, hal seperti ini sudah tentulah menyayat hati kita.
5. Sifat prejudis terhadap orang luar sememangnya ada di dalam masyarakat kita. Hal ini kerana banyaknya PATI yang datang membuat masalah dalam negara kita. Secara automatik, prejudis yang sama akan terpalit kepada rohingya kerana iras mereka saling tak tumpah dengan PATI yang datang ke negara kita. Tambahan pula dakwaan buruk oleh netizen kepada mereka yang menambahkan lagi persepsi buruk terhadap mereka.
Sebenarnya prejudis ini yang sepatutnya dikurangkan. Mungkin kerana kita sukar membezakan PATI dengan Rohingya. Oleh itu kekecohan yg dibuat PATI, nama Rohingya terpalit taiknya. Jikapun Rohingya benar yang melakukan kesalahan tersebut, itu tidak bermakna semua kaumnya juga akan berbuat serupa.
Ini hanyalah sifat prejudis yang normal berlaku kepada mana2 negara.
Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Baca juga,
KESEDARAN KERAJAAN-KERAJAAN DUNIA DALAM ISU ROHINGYA. : http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2017/09/kesedaran-kerajaan-kerajaan-dunia-dalam.html
Comments
Post a Comment