OLEH: Taufiq Tuah
Raja Jumjumah. Hikayat ini dicetak dan sebarkan di dalam kalangan Melayu.
SINOPSIS:
Nabi Isa A.S berjalan di padang pasir Syam dan berbual dengan tengkorak yang dijumpainya.
Tengkorak itu mengatakan bahawa ketika tengkorak itu hidup, dia merupakan seorang raja di Mesir dan tidak pernah meninggalkan solat lima waktu. Kemudian juga menceritakan pengalamannya di alam kematian.
Kemudian diminta kepada Nabi Isa A.S untuk menghidupkan kembali dirinya. Setelah hidup kembali, tengkurak itu menjadi orang yang kuat beribadah.
HURAIAN:
1. Tidak dijumpai dalil daripada Al-Quran dan hadis sahih tentang kisah ini. Apabila ia mengaitkan para nabi, maka perlu ada sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Jika tidak ada, maka ia dikira sebagai Israiliat, Melayuwiyat ataupun Palsu.
2. Raja Mesir sejak abad berabad telah diritualkan untuk dimakamkan semegah-megahnya oleh rakyat Mesir. Oleh itu, menjumpai tengkorak Raja Mesir di padang pasir (luar dari makamnya) sangat lah tidak masuk akal.
3. Dikatakan tengkurak itu pada hidupnya solat penuh 5 waktu sedangkan syariat solat 5 waktu termetrai selepas Rasulullah SAW Isra dan Mikraj.
4. Memang Nabi Isa A.S pernah diberikan mukjizat menghidupkan orang mati tetapi bukan lah menghidupkan Raja Mesir.
5. Nabi Isa A.S memang pernah diberikan mukjizat menghidupkan yang mati sebagaimana Surah Al-Maidah ayat 110,
"dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku"
6. Telah diakui bahawa Hikayat ini ialah salah satu daripada bahan sastera Melayu dan ia bukanlah diambil daripada hadis ataupun ayat Al Quran.
Wallahualam
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment