ILMU AYAHNDA TERBANGKAN KERIS, NAMPAK JIN DAN PERSILATAN

Ada berberapa kelompok Melayu yang membentuk perikatan sesama mereka dan melantik berberapa orang ketua yang dipanggil 'Ayahnda'. Juga mereka ada sebutan ibarat kekeluargaan sesama pakatan mereka iaitu 'Bonda', 'Abanglong',  'Kakyong' dan sebagainya.

Tidak ada masalah dengan perikatan begini selagi mana mereka tidak menyalahi syarak. Malah baik niat mereka dalam membina ukhwah sesama mereka dengan baik.

Terpacul daripada mulut seseorang mereka "Ayahnda kami soleh boleh terbangkan keris, boleh nampak jin dan handal dalam silat".
Inilah yang kami sangat khuatir. Kerana muncul pentaksub yang mendakwa sedemikian. Kami tidak tahu samada benar atau tidak dakwaan ini, namun ini dakwaan yang tidak menepati disiplin Islam.


TERBANGKAN KERIS
Bagaimana manusia boleh terbangkan keris? Adakah boleh terbangkan keris dengan zikir-zikir tertentu atau hanya dengan niat dalam hati? Adakah ia karamah? Karamah ialah hal yang jarang berlaku dan diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang soleh.

Namun jika 'Ayahnda' boleh dapat karamah tersebut, maka sepatutnya sahabat Rasulullah SAW lebih aula untuk mendapat karamah sebegitu memandangkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW berhadapan dengan banyak siri perperangan. Namun pernah kah mana-mana sirah sahabat yang pedang atau parangnya mampu terbang? Tidak.

Jadi adakah Ayahnda mendapat karamah itu lebih mulia daripada sahabat sehinggakan Sahabat tidak mendapat karamah sehebat Ayahnda itu?

Jawapan yang paling logik ialah, manusia tidak menerbangkan keris tetapi ada sesuatu lain yang menerbangkannya. Umum mengetahui sihir (perbuatan syirik) telah lama bertapak di dalam nusantara. Maka jawapan paling hampir ialah kerana sihir dan bukannya karamah.

Sila baca: KESAHIHAN KARAMAH


BOLEH MELIHAT JIN
Ada insan yang mendakwa dan didakwa mempunyai Mata 6 deria 'Six Sense' dan ada juga yang kononnya boleh membuka mata ghaib.

Semua dakwaan diatas ialah dusta sedusta-dustanya. Buka mata ghaib dengan membaca surah Al-Jin 7 hingga 9 kali atau dengan zikir tertentu dan menyapu pada matanya. Ini semua ialah karut dalam alam Melayu.

Ada yang kata, "Kuasa Allah tiada yang mustahil". Itu sahajalah hujah mereka paling kuat untuk mengiakan dakwaan ini. Artikel ini akan mematahakan hujah ini.

1. Membuka mata ghaib ini tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW. Maka ia bukan daripada ilmu Islam walaupun sering dikaitkan dengan ayat Al-Quran dan zikir. Kerana Islam hanyalah agama yang diajar oleh Rasulullah SAW. Jika ia bukan daripada Rasulullah SAW, maka ia bukanlah Islam.

2. Tidak perlu membuka mata ghaib pun, manusia boleh melihat penampakan jin. Itu lah yang orang pernah melihat Toyol, Polong, Bunian dan sebagainya. Tidaklah pula mereka membuka mata ghaib ketika itu.

3. Mereka mampu melihat selepas kononnya membuka mata ghaib itu kerana jin sengaja menampakan diri mereka selepas membuka mata itu dan menghaib kembali lepas ditutup mata ghaib . Padahal jin juga boleh tidak menampakkan diri mereka setelah anda buka mata ghaib.

4. Kenapa mujarab? Fikirkan, paderi yg menghalau jin di gereja juga membuat ritual sendiri tanpa ayat2 suci Al-Quran. Juga, jin itu lari. Sami Budha juga sama ketikanya. Maka cara yang terpesong juga boleh mujarab kerana jinnya melakonkan kemujaraban itu.

5. Jika Allah SWT menyembunyikan zat jin dari kita, mengapa pula Allah bagi jalan untuk merungkainya semula? Ini tidak masuk akal.

6. Bagi yang membuka pintu ghaib, mengapa hanya jin yang dilihat? Kenapa tidak dapat melihat malaikat, syurga dan neraka sedangkan semuanya di alam ghaib.


HEBAT DALAM PERSILATAN
Tidak ada masalah bagi ayahnda mahupun sesiapa sahaja untuk mahir dalam persilatan selagimana mereka tidak lari daripada hukum syarak.

Sila baca: PERSOALAN ILMU SILAT DAN SYIRIK

KESIMPULAN
Tidak kisah betapa kita suka pada seseorang tokoh, namun kita dilarang taksub dengan mereka. Jika tidak, muncul lah pembawa-pembawa cerita karut ini. Wallahualam

___________________________
~ Ibnu Tuzah ~
Telegram:  https://t.me/rmb_slf
_____________________________

Comments