Kenapa Mempertahankan Institusi Diraja Melayu?

OLEH: Taufiq Tuah

Akhir-akhir ini muncul idea di mana orang Melayu sendiri ingin meruntuhkan institusi diraja dan membentuk Malaysia sebagai negara Republik. Mereka tidak menghargai fungsi institusi diraja yg berada di Malaysia.

Pada awalnya, semua raja-raja Melayu mempunyai kuasa pemerintahan mutlak sebagai mana Sultan Brunei Darussalam hari ini. Namun atas nama perpaduan Malaysia, Institusi diraja di Malaysia  dikurangkan kuasa mereka tetapi tetap mempunyai kedudukan paling tinggi di dalam negara atau negeri.

Apakah sebenarnya kepentingan menjaga institusi diraja? Sedangkan jika tidak ada raja, negara masih boleh mengawal pemerintahan sebagaimana Indonesia.

1. NILAI AGAMA ISLAM
Di Malaysia, sultan menjadi ketua agama Islam di negeri masing-masing.  Di dalam hal ini, setiap sultan akan mempunyai majlis agama tersendiri dalam menyelaraskan pandangan agama di dalam negeri. Berbeza dengan negara republik seperti Indonesia yang mana aliran agamanya tidak selaras secara rasmi. Jika tidak diselaraskan, pelbagai aliran sesat akan muncul dan tidak ada tindakan akan diambil ke atas ajaran sesat.

Juga, Sultan sebagai ketua Islam akan menjadi bukti bahawa Islam ialah agama tertinggi di dalam Malaysia.


2. NILAI BANGSA BUMIPUTERA
Sultan sebagai ketua negeri akan mempertahankan budaya Melayu dan budaya-budaya ini tidak lekang dek zaman.

Di kala masyarakat awam sudah lenyapkan pemakaian tanjak, di istana masih mengamalkan pemakaian ini di majlis-majlis.

Juga adanya sultan dengan nama 'Kesultanan Melayu', membuktikan bahawa bangsa Melayu mempunyai kedudukan istimewa berbanding bangsa lain. Begitu juga bumiputera Sabah dan Sarawak yang telah diberikan kebebasan dalam melaksanakan adat tradisi tersendiri.


3. NILAI SEJARAH
Kita antara negara yang masih mengekalkan nilai berharga sejarah. Kebanyakan negara juga mempunyai institusi diraja mereka sendiri tetapi akhirnya dimusnahkan sehingga hilang kemegahan sejarah mereka.

Malaysia boleh membuktikan kemegegahan Empayar Melaka itu sahih kerana wujudnya serpihan kesultanan lama itu di Malaysia (Kesultanan Perak). Malaysia boleh membuktikan kemegahan Kedah Tua kerana masih wujud Kesultanan Kedah pada hari ini. Salur darah diraja yang mengalir beratus tahun lamanya.


4. MAHKAMAH SYARIAH
Setiap negeri mempunyai fatwa yang tersendiri. Oleh itu, Mahkamah Syariah juga berbeza kaedahnya mengikut negeri ikut keselarasan majlis agama negeri yang diketuai sultan.

Sebarang kes-kes berkenaan perceraian, hak penjagaan anak dan sebagainya perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah negeri.

Di sesetengah negara, kes perceraian dan hak penjagaan anak tidak dapat diselesaikan dengan baik kerana tidak ada Mahkamah seperti di Malaysia. Oleh itu, ada lah pula seorang isteri (muslim) mempunyai dua orang atau lebih suami. Juga di India, seorang suami (muslim) yang mempunyai sembilan puluh orang isteri.


5. KEAMPUNAN PENJENAYAH
Memberi ihsan kepada rakyat yang mana pernah membuat silap untuk diringankan hukuman mereka. Sultan boleh meringankan hukuman penjenayah ataupun melepaskan penjenayah jika rasa perlu.


6. MENAIKKAN NILAI MORAL
Sultan juga boleh menaikkan moral rakyat dengan titahnya. Misal, pesta arak yang menerima bantahan daripada NGO-NGO. Semua NGO berkenaan memberikan memorandum bantahan tersebut kepada DYMM Sultan Selangor kerana meminta sokongan.

Juga pertabalan pingat-pingat daripada Sultan kepada rakyat juga memberikan semangat kepada rakyat dalam tugas masing-masing. Terutamanya dalam bidang ketenteraan.

BAGI memastikan kesultanan Melayu ini terus wujud di Malaysia, maka ketinggian kedudukan institusi diraja diiktiraf. Malaysia bercuti pada hari keputeraan agong dan setiap negeri cuti pada hari keputeraan sultan mereka. Tertera perkataan "Urusan Seri Paduka Baginda" pada sampul surat-surat kerajaan bagi menzahirkan kekuasaan sultan. Diletakkan istilah 'Diraja' pada unit-unit tertentu seperti Polis Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Tentera Diraja, Kastam Diraja Malaysia dan banyak lagi unit l
 ain.

Oleh itu, mempertahankan institusi diraja ialah hal yang sangat penting bagi terus memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu di dalam Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini.

Di sebalik keunikan perpaduan  Malaysia ini, zahir harus ditegakkan bahawa Islam ialah agama tertinggi dan Melayu / Bumiputera ialah lebih istimewa kedudukannya. Bukanlah seperti kasta orang hitam dan orang putih di barat, tetapi keistimeaan ialah untuk mereka yang sememangnya asal daripada Tanah Melayu.

Dalam masa yang sama, tidak dihalau mana-mana kaum Cina dan India yang menjadi warganegara Malaysia kerana mereka juga rakyat Malaysia yang bersetuju untuk taat kepada sultan yang sama.

Oleh itu, pendirian tegas RMB ialah tidak bersetuju dengan mana-mana pihak yang ingin menjadikan Malaysia sebagai negara republik.


Wallahualam.
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________




Comments