Biografi Sultan Abdul Hamid II, Khilafah Terakhir


OLEH: Pen Merah

Bismillah...

Pada minggu ini, penulis akan membicarakan tentang Sultan Abdul Hamid II dan sumbangan dia kepada masyarakat Turki.


ZAMAN PERIBADINYA.
Dilahirkab di Istana Tokapi, Istanbul pada 21 September 1824, Beliau adalah anak kepada Sultan Abdul Major (Abdülmecid). Setelah kematian ibundanya, Beliau menjadi anak angkat kepada isteri ayahnya. Kemahiran beliau dalam membuat perabot hingga kini hasil tangan beliau dapat dilihat di Istana Yildiz. Beliau juga meminati pidato dan beliau antara orang pertama yang menterjemahkan bahasa pidato ( inggeris ) kepada bahasa Turki. Tidak seperti Sultan lain, beliau suka berlakon dan mengembara ke negara lain seperti Paris dan London.


MENAIKI TAKHTA.
Beliau menaiki takhta pada 18 August 1876. Namun begitu, beliau menghadapi beberapa masalah dan ancaman yang boleh mengugat Turki seperti kegawatan ekonomi dan politik, perang Balkan dan perang Russia dengan Turki. Menyedari ancaman dan masalah ini, Beliau membubarkan parlimen dan memegang tampuk kuasa dirinya sendiri.


PERKAHWINAN.
Berdasarkan kajian menyatakan bahawa Sultan mempunyai isteri sebanyak 13 orang dan mempunyai anak seramai 17 orang. Kebanyakan perkahwinan beliau tidak lama dan beliau bercerai atas alasan-alasan yang tertentu.


SUMBANGAN BELIAU KEPADA NEGARA.
Beliau telah membangunkan landasan kereta api menghubungkan Istanbul ke Madinah agar memudahkan urusan Haji. Menyedari bahasa pendidikan dan pembangunan akhlak Islam di Kalangan pemuda Turki,Beliau  membuka semula universiti Istanbul dan banyak membangunkan masjid-masjid dan madrasah. Beliau juga menolak tawaran Theodor Herzl ( ahli peniaga Yahudi) untuk membeli tanah di Palestin

untuk menubuhkan negara Yahudi ( Israel ).  Sebagai seorang pemimpin, Sultan Hamid II dikenal dekat dengan ulama dan selalu menaati nasihat-nasihat mereka. Beliau menganggap semua rakyat sama di hadapan undang-undang, juga memberikan kebebasan kepada semua rakyatnya, Beliau sangat serius dalam menerapkan hukum yang sesuai dengan syariat Islam.


AKHIR ZAMAN KHALIFAH
Beliau telah memerintah selama 30 tahun. Selepas dari itu, timbul beberapa masalah seperti negara-negara jajahan Turki ingin meminta kemerdekaan dan atas tekanan dari Eropah. Perang Dunia 2 juga membawa Turki masuk ke kancah peperangan kerana bekerjasama dengan Nazi menyebabkan mereka telah mengalami kerugian yang besar dan kelilangan tentera dalam jumlah yang banyak. Akibat daripada itu. Beliau digulingkan oleh Mustafa Kamal Atatürk ( Presiden pertama Turki ) dan beliau hidup dalam buangan di penjara Beylerbeyi. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 10 Febuari 1918.

Kehilangan Beliau adalah sesuatu yang amat dirasai bahkan di pelususk tanah Melayu. Apabila Khalifah Dibubarkan, maka hilanglah sinar di bumi Turki. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan Beliau. Maka benarlah kata Allah s.w.t dalam ayatnya:



وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٥٥ النور

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu (wahai umat Muhammad S.A.W.) bahawa Dia akan menjadikan mereka para pemimpin yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, yang berkuasa (memerintah negara) dan Dia akan menguatkan sehingga berkuasa kepada agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh dan penjenayah). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Surah An-Nur: 55)

Meskipun Khalifah telah lenyap di muka bumi, Syiar Islam tetap tumbuh subur bak cendawan yang baru tumbuh selepas  hujan . Islam di Turki tetap berkembang bahkan kekal selamanya sebuah negara Khalifah walaupun sinarnya telah pun lenyap buat suatu masa dahulu
___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________



Comments