BAB 1 : PENGENALAN KEPADA KERIS


BISMILLAH

Alhamdulillah, pada entri kali ini, penulis akan membicarakan mengenai sejarah keris.
Disebabkan sejarah mengenai keris ini panjang, maka penulis akan membicarakan mengikut bab.

PENGENALAN.
Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang berasal dari Pulau Jawa di Indonesia
yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu.

Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu
seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao)
dan Brunei. Namun, penulis ingin membicarkan mengenai keris melayu sahaja. Keris adalah
simbol kepada identiti dan cermin kepada adat dan budaya bangsa Melayu itu sendiri. Malah,
keris turut digunakan sempena pertabalan sultan ataupun kebawah duli yang maha mulia Yang
Dipertuan Agong. Keris amat sinonim dengan masyarakat Melayu sehinggakan disisip di pinggang
sekiranya keluar dari rumah. Senjata keris digunakan di antara abad yang ke
abad ke-9 dan abad ke-14.

DARI MELAKA KE JEPUN
Tidak asing lagi untuk menyatakan bahawa kerajaan Melaka mempunyai hubungan yang sangat erat
dengan kerajaan luar seperti kerajaan Cina dan juga kerajaan Ryukyu dari jepun. Semasa zaman
pemerintahan kerajaan Melaka, maharaja Jepun telah mengirim utusan untuk berunding dengan
kerajaan Melaka. Hasilnya, hubungan antara kedua-dua negara ini telah terjalin dan utusan
dari kerajaan Melaka telah pergi ke tanah Jepun untuk berjumpa dengan Maharaja Jepun.
Sejarah telah membuktikan bahawa penemuan keris di tanah Okinawa (nama bagi kerajaan Rukyu)
membuktikan bahawa kerajaan Melaka adalah kerajaan yang diiktiraf kedaulatannya di mata
kerajaan lain yang jauh lebih besar dari kerajaan Melaka.

ERA PERANG DUNIA YANG KE 2
Setelah jatuhnya kerajaan melayu Melaka, penggunaan keris dalam kalangan masyarakat Melayu
semakin berkurangan, berikutan peralihan teknologi tradisional kepada senjata moden seperti
sten gun, raifal, grenade (bom tangan) dan sebagainya lagi. Ini secara tidak langsung,
mengurangkan lagi penggunaan keris. Walaubagaimanapun, penggunaan keris tidak digunakan
secara umum melainkan untuk majlis-majlis istiadat dan pertabalan raja-raja sahaja.
Penajajahan keatas tanah melayu selama 300 tahun lebih telah mengubah pemikiran masyarakat
di Tanah Melayu mengenai penggunaan keris secara meluas. Peralihan teknologi tradisional
kepada teknologi moden juga menyebabkan perlunya senjata yang lebih canggih untuk
mempertahankan kedaulatan di Tanah Melayu.

Bersambung...



___________________________
~ Pen Merah ~
-Telegram Channel:  http://bit.ly/28ZmJcp
_____________________________


BAB 2 - PROSES PEMBUATAN KERIS : http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2017/12/bab-2-proses-pembuatan-keris.html

BAB 3 - PROSES KEKEMASAN KERIS : http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2018/02/bab-3-proses-kekemasan-keris.html

BAB 4 - PEMODENAN KERIS BUTKI KERIS MASIH RELEVEN  DI MATA MASYARAKAT : http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2018/05/bab-4-pemodenan-keris-bukti-keris-masih.html

Comments