Menegakkan Hak Melayu Ialah Asobiah? Contoh Nabawi Perjuangan Bangsa?


OLEH: Abu Amru Radzi Othman



MENCINTAI BANGSA DAN MENEGAKKAN HAQ KETURUNAN BUKAN ASABIYAH
(Tajuk Asal Artikel)

BANYAK HADIS YANG MEMUATKAN TENTANG PENYEBUTAN RAS

Rasulullah saw. bersabda: “Suku Quraisy, Suku Ansar, Muzainah, Juhainah, Aslam, Ghifar dan Asyja’;  mereka adalah para penolongku dan tidak ada seorang penolong pun bagi mereka selain Allah dan Rasul-Nya”.
 (Shahih Muslim)

Rasulullah saw. bersabda: "Sebaik-baik kabilah Ansar ialah Bani Najjar, kemudian Bani Abdul Asyhal, kemudian Bani Harits bin Khazraj, kemudian Bani Saidah dan dalam setiap kabilah Ansar terdapat kebaikan. Saad berkata: Aku tidak melihat Rasulullah saw. kecuali beliau telah mengutamakan kabilah lain atas kami. Ada yang mengatakan: Beliau mengutamakan kabilah kalian atas banyak kabilah yang lain". 
(Shahih Muslim)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: "Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan:
 (Imam Al-Hakim berkata: Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis riwayat Anas ra: "Bahwa Nabi saw. melihat beberapa anak lelaki dan perempuan datang dari perayaan pernikahan lalu beliau berdiri dan bersabda: Ya Allah, kalianlah termasuk orang yang paling aku cintai, ya Allah, kalianlah termasuk orang yang paling aku cintai, yang beliau maksudkan adalah kaum Ansar" 
(Shahih Muslim)


HADIS YANG SEPERTI MENCELA RAS TERTENTU
  Nabi bersabda tentang orang Afrika: “Dengar dan taatilah, walaupun yang menjadi pemimpin kamu adalah hamba  berbangsa Habsyi yang kepalanya seperti kismis” 
(Hadis Bukhari)


HADIS TENTANG PEWARISAN SESUATU PEKERJAAN BERDASARKAN RAS
Ketika Nabi  menaklukkan Makkah dan sedang duduk di Masjidil Haram, Ali datang kepadanya lalu berkata: Wahai Rasulullah, kita telah menguasai kunci Ka’bah dan Air Zam-Zam. Lalu nabi berkata: Dimana Usman bin Thalhah? Ini kuncimu, ambil kunci ini selamanya dan tidak akan merebutnya kecuali orang yg aniaya". 
(Sirah an-Nabawiyyah, Ibnu Hisyam)

Penyerahan kunci Kaabah adalah berdasarkan "keturunan" yang termaktub dalam perjanjian Muthayyibin. Perjanjian ini berlangsung antara Bani Abdud Dar, Bani Jamah, Bani Salim, Bani Makhzum dan Bani Adi untuk tidak berebut kekuasaan atas penjagaan Ka’bah sekaligus atas urusan Air Zam-Zam.

Rasulullah saw sempat menyaksikan perjanjian ini dimetrai dan Rasulullah saw mengiktiraf perjanjian “Rasis” ini dengan berkata: "Aku menyaksikan berlangsungnya al-Muthayyibin, aku tidak ingin membatalkannya walaupun aku hanya diberikan kekuasaan atas binatang ternak"
 (HR Ahmad dalam al-Musnad)

Kandungan Perjanjian Muthayyibin:

Keturunan Abdul Manaf : mengurus persoalan air dan makanan bagi jamaah Haji

Keturunan Abdul Dar : menguruskan Ka'abah termasuk menyimpan kuncinya

Begitu juga dengan Perjanjian Fudhul antara Suku Hasyim, Suku Muthalib, Suku Asad bin Abdul ‘Uzza, Suku Zuhrah bin Kilab dan Suku Taim bin Murrah untuk menetang kezaliman di kota Makkah baik terhadap  penduduk pribumi mahupun pendatang  (rujuk Sirah an-Nabawiyyah, Ibnu Hisyam)

Perjanjian ini berlaku setelah peperangan Al Fujjar yang ketika itu baginda berumur sekitar 15 tahun. Baginda bersabda: "Aku telah menyaksikan perjanjian Fudhul di kediaman Abdullah bin Jad’an, perjanjian yang tidak akan aku batalkan walaupun aku hanya diberi kekuasaan atas binatang ternak. Dan sekiranya perjanjian itu dilaksanakan pada masa Islam, maka aku akan menyetujuinya" (Diriwayatkan dari Humaidi dari Sufyan dari Abdullah dari Muhammad dan Abdurahman, keduanya anak dari Abu Bakar)

Begitu juga dengan Pemimpin Negara yang nabi sebutkan berdasarkan Keturunan: “Imam (pemerintah) itu dari kalangan Quraish” (hadis riwayat Ahmad)



PIAGAM MADINAH BERISI KLAUSA BERKAITAN RAS DAN BANGSA

Piagam Madinah juga disebut sebagai Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah merupakan perjanjian pembentukan Negara Kota Madinah. Nabi bersama para tokoh dari semua Bangsa yang tinggal di Yatrib telah menandatangani perjanjian ini pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Berikut antara fasal yang termaktud dalam perjanjian tersebut:

Fasal 4
Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 5
Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tiaP-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusan darah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 6
Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 7
Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 8
Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 9
Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 10
Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 11
Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 16
Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.

Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang

Fasal 25
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri

Fasal 26
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 27
Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 28
Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 29
Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 30
Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 31
Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.

Fasal 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)

Fasal 33
Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.

Fasal 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.

Fasal 35
Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.

Fasal 37
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka bersama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.

Fasal 38
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang

Fasal 46
Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.

Sekitar 24 klausa yang menyebutkan tentang Keturunan dalam Piagam Madinah yang bersisi 47 klausa. Jumlah ini menunjukkan bahawa 51% isi kandungan Piagam Madinah menyebut tentang Bangsa dan Keturunan serta hak-hak bangsa dan tanggungjawab bangsa!



MAKNA ASSABIYAH YANG NABI BAWAKAN
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah termasuk perbuatan asabiyyah apabila seseorang itu mencintai  bangsanya? Rasulullah saw menjawab: Tidak, tetapi asabiyyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman”. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)


KESIMPULAN
Dari hadis-hadis di atas ini kita mengerti bahawa:

1. Mencintai bangsa sendiri adalah fitrah dan tidak haram
2. Menolong menegakkan hak bangsa adalah halal dan dibolehkan
3. Asabiyah adalah menolong bangsa dalam berbuat zalim


___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________



 Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments