OLEH: Abu Amru
Pertama:
Saya masih ingat ketika kami (Ryverra) membuka satu outlet di Tropicana Mall, Damansara, pegawai yang menguruskan kami adalah seorang wanita cina yang memakai skirt.
Ketika itu Mall baru siap dibuka dan masih banyak kedai yang belom disewa. Juga Krismast sudah tidak lama akan menjelma. Maka saya bertanya kepada wanita cina tersebut "Cuti berapa lama untuk sambut krismast", sekadar bertanya dengan maksud apakah kami boleh tutup kedai pada hari tersebut.
Maka wanita cina kristian itu menjawab "Saya tidak percaya Jesus lahir pada hari itu".
Kedua:
Dalam sebuah forum antar-agama, dimana saya selalu membela Islam di bawah hujatan penganut Hindu yang Ghuluw (sehingga saya ada menulis satu artikel pasal ka'abah) maka saya berkenalan dengan seorang Lelaki Melaka yang mengaku sebagai Yahudi Muslim.
Daripada lelaki inilah saya mempelajari agama Nasrani dan Yahudi termasuk mazhab Kristian Unitarian sebab lelaki ini mengaku sebagai berketurunan Nasrani Unitarian.
Ketiga:
Keberadaan saya di Sabah dengan menyaksikan (setakat ini mengikut catatan kami) terdapat 24 Gereja (mazhab) yang ada di sabah.
Dan saya pernah bertanya kepada seorang Guru besar sekolah Mubalik di Tawau tentang Mazhab SDA dan Saksi Yehuwa maka GB tersebut yang menganut Mazhab Protestern mengatakan bahawa "Mereka itu Kafir, bukan Kristian".
PANDANGAN UNITARIAN, SAKSI YEHUWA DAN ANABAPTIS
Tiga mazhab ini menolak Hari Krismast dan menolak kelahiran Jesus pada Disember! Mereka mengatakan bahawa Jesus adalah Nabi dan bukannya anak Tuhan. Malah Jesus lahir pada "bukan musim sejuk" iaitu bukan pada Disember!Lantas mereka mengatakan bahawa acara Hari Krismast adalah perbuatan ahli bid'ah Rome untuk memasukkan unsur-unsur pagan ke dalam ajaran jesus. Maka nyatalah hari Krismast adalah hari kebatilan dan kejahatan, ditambah lagi makna Krismast.
Sesungguhnya hari Krismast itu membawa makna Christ + Mass iaitu Jesus + Mati di Salib. Lalu menurut mereka, mengucapkan Merry Christmast membawa makna "Selamat dan Berbahagialah Sempena Penyaliban Jesus".
PANDANGAN ISLAM UNTUK MENYATAKAN 'SELAMAT HARI KRISMAS
Apakah boleh kita ucapkan sebuah sanjungan kepada kekafiran dan kesyirikan? Seperti:
- "Berbahagialah Kalian untuk Menyembah Dewa Kwuan Yin Yang jelas Mensyirikkan Rabbul Jalil"
- "Selamatlah kalian untuk Menyembah Trimurti Yang Jelas mensyirikkan Allah Azzawajallah"
Maka apakah kita dibenarkan untuk bergembira dan suka serta merasa 'ringan lidah' untuk membenarkan malah mendoakan agar kesyirikan berterusan?
Justeru maka fikirkanlah tatkala kita mengucapkan 'Selamat hari Krismast' itu membawa makna:
"Selamatlah dan sejahteralah kalian untuk mensyirikkan Allah dengan menganggap bahawa Jesus itu adalah Tuhan Yang Dalam 3 Oknum (Tiniti)"
___________________________
~ Abu Amru ~
Lajnah Makalah Agama
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/rmb_slf
Twitter: https://www.twitter.com/rmb_slf
Instagram: https://www.instagram.com/rmb_slf
Web Site: 🖥 http://revolusimelayubaru.blogspot.com
_____________________________
Comments
Post a Comment