BAB 4: PEMODENAN KERIS BUKTI KERIS MASIH RELEVAN DI MATA MASYARAKAT

Dalam menuju era modeniasasi ini, boleh dikatakan bahawa budaya dan adat tradisional pasti akan dilupus masa sedikit demi sedikit. Masyarakat yang suatu dahulu kala handal dalam menempa besi membuat keris, yang terkenal dengan sifat kehandalan dalam bertarung menggunakan keris, tak kurang juga kemegahan apabila tersisip keris di pinggang mereka apabila keluar. Semua itu lenyap begitu sahaja apabila datang modenisasi di dalam masyarakat itu sendiri sehingga melahirkan masyarakat yang cerdik di papan elektronik tetapi lekang dalam kemahiran menempa keris.

Apabila kita makin menuju ke zaman-zaman yang akan mendatang, maka makin banyak kemajuan dan teknologi yang makin canggih akan muncul, namun tidaklah bermakna bahawa unsur tradisional tidak boleh dimasukkan dalam teknologi alaf baru ini. Kita boleh lihat sahaja negara-negara luar yang masih memelihara senjata tradisi mereka dengan menggunakan teknologi serba canggih seperti negara Jepun. Lihat sahaja mereka dalam menghasilkan pedang samurai yang dibuat daripada mesin. Hasilnya, pedang yang dihasilkan daripada teknologi moden lebih kemas dan cepat berbanding cara tradisional sekaligus dpt menanam sifat yang kuat dalam kalangan masyarakat mereka agar dapat mempertahankan senjata warisan mereka daripada hilang ditelan zaman.

Penulis berpendapat, sekiranya mereka mampu berbuat demikian, adakah kita tidak mampu melakukannya? Adakah kita hanya sekadar duduk melangut mendongak ke langit atau hanya sekadar mendabik dada walhal tidak ada inisiatif dalam membangunkan keris daripada terus berkarat ditelan masa?

Bersambung...



_____________________________
️~ Pen Merah ~

Comments