OLEH: Taufiq Tuah
Sebagai seorang 'Malaysian' (rakyat Malaysi), maka kita akan terikat kepada segala perlembagaan dan undang-undang di dalam negara. Hal ini termasuklah mengiktiraf segala keistimewaan Melayu dan Bumiputra. Dalam masa yang sama, tidak sekali-kali menzalimi hak kaum selain bumiputra.Ini memenuhi syarat perlembagaan yang diambil daripada Wasiat Raja-Raja Melayu iaitu,
".......melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”
– Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.
Jelas, bahawa dua hak ini perlu dilaksanakan dengan baik. Maka, segala tindakan yang mempersoalkan hak keistimewaan orang bumiputra hanyalah laungan-laungan yang membawa kepada cubaan menghakis perlembagaan. Begitu juga segala slogan yang menghalau orang bukan bumiputra untuk keluar dari negara (tanpa asbab jenayah) ialah termasuk daripada kelakuan tidak menghormati perlembagaan. Sedangkan kita akui "we are Malaysian".
TOLERANSI SIHAT
Perpaduan dan toleransi di antara kaum merupakan sesuatu yang sangat baik. Hal ini bakal memupuk jalinan kerakyatan sesama kaum di dalam masyarakat setempat. Di Malaysia, orang Melayu juga memakan limau mandarin pada musim Tahun Baru Cina. Orang India (Non-Muslim) juga ada yang berpuasa di bulan Ramadhan. Malah, anak Cina juga diberi duit raya jika mereka beraya di rumah terbuka Aidilfitri. Inilah sikap toleransi yang sangat baik di dalam masyarakat.
Juga saya sangat yakin dengan istilah "Sukan menyatukan". Hal ini terbukti apabila yang kita sama-sama menyokong atlet negara kita di sukantara mana sekalipun tanpa mengira bangsa mereka. Saya sendiri (bumiputra) tidak terlepas memberikan sokongan kepada Dato Lee Chong Wei apabila tahu beliau akan beraksi.
BUMIPUTRA IALAH PENDUDUK ASAL
Namun jangan lah pula kita tersilap toleransi. Apabila kita sendiri tidak mempertahankan keistimewaan kita di dalam negara. Ada yang rasa "kesamarataan kaum itu bagus". Malah mereka memberikan persamaan dengan kedudukan 'negro' di Amerika Syarikat sebelum era Abraham Lincoln. Halnya sangat berbeza sama sekali.
Bumiputra ialah kaum penduduk asal di dalam Malaysia. Hal ini tidak dapat ditipu lagi. Sejarah telah membuktikan bahawa empayar Melayu itu benar. Semenjak zaman Kedah Tua lagi, kerajaan Melayu lama itu telah wujud. Malah sejarah membawa kronologi kepulauan Melayu (Nusantara) betapa tempat ini memang asalnya bumiputra.
Sejarah juga merekodkan betapa hubungan Cina dan Melaka telah lama terjalin. Juga tidak dilupakan hubungan Goa dengan Srivijaya pada berberapa era. Menunjukkan bahawa ketika istilah 'Bumiputra' dan 'bukan bumiputra' itu belum wujud lagi, hubungan kita telah erat.
Maka layaklah penduduk asal tanah ini diberikan keistimewaan tersendiri. Maka layaklah MARA dan Felda itu memberikan keistimewaan yang lebih kepada bumiputra. Itu pun, masih ada beberapa pelajar bukan bumiputra di dalam UiTM dan UniKL (MARA). Betapa toleransi itu wujud, sehingga hal yang istimewa bumiputra juga kadang kala sengaja dilepaskan untuk bukan bumiputra atas asbab tertentu. Itu pun, sangat kasihan kepada pelajar-pelajar UiTM yang dipandang enteng oleh sebahagian masyarakat.
Ibarat dedalu di batang ciku, nama pohonnya tetap ciku. Walau dedalu memakan dahan, memakan ranting. Hingga mati si pohon ciku, tetap namanya pohon ciku. Tidak akan jadi dedalu.
BEZA DI ANTARA SITUASI 'NEGRO' DENGAN 'BUKAN BUMIPUTRA'
Mungkin ada yang pernah baca tentang kedudukan orang berkulit hitam (negro) di dalam Amerika Syarikat. Di mana pada asalnya mereka hidup di dalam kasta-kasta yang tidak adil. Berkulit hitam akan disinonimkan dengan hamba dan yang berkulit putih pula dianggap 'bangsawan'.
Perlu diketahui bahawa Negro sebenarnya ialah penduduk ASAL Amerika Syarikat. Hak mereka dizalimi oleh kolonisasi eropah yang cuba merampas tanah kulit hitam itu. Maka penuntutan hak mereka ke atas Amerika Syarikat ialah sangat layak kerana mereka memang penduduk asal. Malah, kedudukan mereka di pasca sebelum era Abraham Lincoln pula sangat tradis apabila mereka tidak diperlakukan sebagaimana manusia. Mereka dihina dan dikastakan sehinanya hanya kerana warna kulit.
Di Malaysia, Cina dan India memang bukan penduduk asal. Malah, kedudua bangsa ini tidak diperlakukan seperti hamba. Malah, Seman sendiri pun kerja makan gaji bertuankan Ah Tong dan Muthu. Orang-orang Cina dan India juga dibenarkan menjadi menteri. Lihat betapa berbezanya situasi 'negro' dengan 'non-bumiputra'.
MEMPERTAHANKAN HAK KEISTIMEWAAN
Sepatutnya, kita mempertahankan hak keistimewaan bumiputra. Hal ini termasuklah mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan yang paling penting, kedudukan agama Islam. Jangan lah pula kerana istilah 'Toleransi', tergadai segala keistimewaan ini. Toleransi sepatutnya menjadi punca perpaduan dan bukannya penghakis kedudukan kaum sendiri.
PENTINGANYA KEISTIMEWAAN BUMIPUTRA
Saya memandang, keistimewaan ini perlu dijaga dengan baik kerana Bumiputra ialah ibarat penghulu segala kaum. Namun asbab yang lebih utama ialah, kerana bumiputra majoritinya menjadikan Islam sebagai pegangan mereka. Maka mempertahankan bumiputra juga sebenarnya mempertahankan penganut Islam ramainya.
Sebagaimana mempertahankan raja-raja Melayu sebenarnya mempertahankan ketua-ketua agama di setiap negerinya. Hal ini bakal mengukuhkan kedudukan 'Islam' sebagai agama persekutuan. Islam yang sabah hari dikutuk, dihina dan dicerca diperingkat antarabangsa, dijaga kemurnian namanya oleh perlembagaan Malaysia.
Bagaimana institusi jabatan agama negeri-negeri memainkan peranan dalam hal-hal mahkamah syariat. Sedang mereka yang berniaga sibuk menunggu-nunggu pangkalnya di datokan atau di tansrikan. Para banduan yang mungkin tidak tersilap, boleh meminta ampun kepada raja.
Malah budi bicara raja itu selalunya baik belaka. Sebagaimana yang mahsyur, keampunan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim. Bukanlah raja-raja Melayu itu maksum, namun tindak tanduknya yang makruf perlu dihormati.
Bahasa Melayu selayaknya dimartabatkan. Bahasa ini bukan sahaja digunakan di dalam Malaysia, malah sebenarnya seluruh Benua Nusantara. Hingga di Sri Lanka dan Madagaskar. Juga ada orang Arab sendiri di Mesir, Saudi dan Yaman yang juga fasih berbahasa Melayu. Asbab ekonomi mereka, pelanggan mereka ramai Melayu.
Maka jika ada suara-suara yang bakal menggadaikan kedudukan keistimewaan kita , bantah lah.
Jika ada suara yang mengajak Malaysia menjadi Republik, bantah!
Jika ada suara yang ingin menjatuhkan institusi diraja, bantah!
Jika ada yang memperkecilkan skop penggunaan Bahasa Melayu, bantah!
Jika ada yang meminta jabatan agama dibuangkan, bantah!
Jika ada yang meminta pemansuhan tulisan jawi, bantah!
Jika ada yang minta dibuang keistimewaan bumiputra, bantah!
Ini semua ialah permintaan yang mencabar keistimewaan bumiputra, maka bantah!
___________________________
~ Taufiq Tuah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment