Muzika-Yi-Humayun: Band Muzik Diraja Sultan Turki

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Mustafa Kamal Pasha tidak layak untuk ditabalkan sebagai Bapa Sekular Turki tetapi yang lebih pantas menyandang jawatan tersebut adalah Sultan Mahmud II (1789 – 1839M).

Sekularisme telah dilaksanakan jauh sebelum Mustafa Kamal hidup. Sultan Turki telah melakukan pembaharuan dengan mengadoptasikan budaya barat malah sampai  melakukan pindaan undang-undang dengan mewujudkan Hatt- i-Sarif atau dikenali Piagam Kamar Merah pada tahun1830M.


BAND DIRAJA TURKI

Salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud II adalah mewujudkan Band Diraja yang disebut sebagai Muzika-yi Humayun pada 1826 untuk menyebarkan budaya Barat dalam lapangan tentera. Bagi mengetuai Band muzik diraja ini maka Giuseppe Donizetti di lantik sebagai pengarah okestra. Donizetti mengambil alat-alat muzik dari Eropah dan merekacipta pelbagai persembahan sepanjang hidupnya.

Ahli muzik ini digelar sebagai Donizetti Pasha mati pada 1856 ketika mempersembahkan lagu di Naum Theatre dan di kuburkan di perkarangan  St. Esprit Cathedral, Istambul. Calliso Guatelli dipanggil untuk menggantikannya tetapi 2 tahun kemudian jawatannya di ambil alih oleh Pizani. 10 tahun kemudian, lewat tahun 1860-an, jawatan dia diisi oleh Calliso Guatelli semula sehingga dia mati pada 1899M.


KOMPOSER ADALAH SULTAN

Pada 1908, dasar baru digubal oleh Sultan di mana para para komposer Barat dihantar pulang dan jawatan ini diambil alih oleh rakyat tempatan. Terdapat sekitar 11 orang komposer berdarah Raja yang terlibat secara aktif dalam mencipta lagu dan muzik. Antaranya adalah:

1. Salim III (1761 - 1808M) Sultan ke 28, dikenali sebagai antara komposer muzik klasik Turki terhebat, suka menggunakan ney dan tanbur. Dia telah berhasil mencipta lebih dari 70 lagu. Dan dia adalah penganut sufi Rumi.
2. Mahmud II (1786 - 1839M) Sultan ke 30, suka menggunakan ney dan tanbur, mewujudkan Muzika-yi Humayun dan menghasilkan karya menggunakan nama "Adli".
3. Abdul Aziz (1830 - 1876M) Sultan ke 32, meminati muzik tradisional dan instrumen ney dan lavta. Sempat menghasilkan 3 karya.
4. Mahmud VI (1861 - 1926M) Sultan ke 36, suka bermain piano dan kanun. Dia memiliki beberapa karya.


SEKOLAH MUZIK

Dar'I-Elhan, sebuah sekolah muzik ditubuhkan pada 1917 iaitu pada era pemerintahan Sultan Mahmud V yang memerintah secara boneka dalam masa 1909-1918M setelah Sultan Abdul Hamid dilucutkan jawatan. Mahmud V memerintah di bawah kawalan Jawatankuasa Persatuan dan Kemajuan. Dar'I-Elhan ditutup semasa perang dunia 1.



Rujukan:
1. Giuseppe Donizetti Pasha: Musical and Historical Trajectories between Italy and Turkey
2. A Levantine life: Giuseppe Donizetti at the Ottoman Court oleh Emre Araci
3. http://www.turkishmusicportal.org/composer.php?id=253&lang2=en


Band Diraja Turki



___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Makalah Sejarah
_____________________________




Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .

Comments