OLEH: Pen Merah
Penulis dan pihak RMB amat mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman yang dilakukan oleh pihak daesh dan tindakan yang dilakukan oleh mereka amatlah jauh tersasar daripada ajaran islam itu sendiri. Malah, mereka secara terang-terangan menggunakan kanak-kanak dalam serangan mengejut ini. Isu keganasan ini semakin lama semakin membimbangkan kerana Daesh semakin berani mengamcam keamanan di Nusantara.
Dengan menggunakan pendekatan Jihad semata-mata tanpa melihat tafsiran secara umum, mereka sanggup mengorbankan diri sendiri demi mencapai matlamat mereka. Kemelut saudara di SYRIA dan juga di IRAQ juga antara faktor yang menjadikan perjuangan mereka lebih kuat dan meluas di rantau Nusantara ini. Penulis yakin bahawa sekiranya tidak dapat dibendung dengan kadar segera, ancaman ini tidak akan mampu dikawal lagi sebagaimana yang telah berlaku di selatan Filipina.
Akhir kata, Penulis dan pihak RMB mengutuk sekeras-kerasnya insiden dan dan menganggap bahawa serangan ini adalah suatu tindakan yang tidak bertamandun dan pengecut. Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi rantau Nusantara ini dari ancaman musuh dan daesh.
___________________________
~ Pen Merah ~
Lajnah Makalah Sejarah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment