OLEH: Abu Amru Radzi Othman
LUKISAN WIDAD DAN TASKA
Begitulah nasib lukisan anak-anak seusia Widad yang telah mereka lakarkan di dinding Gua Niah, Miri, Sarawak ratusan tahun yang silam. Gua Niah adalah tempat para "refugee" dari Benua Besar ketika mereka melarikan diri dengan kapal besar untuk selamatkan diri, mencari sarang burung. Lalu mereka menempatkan anak-anak mereka di satu lokasi sebagai kawasan penjagaan ketika ibu bapa mereka bekerja mengambil sarang burung.
PERJALANAN ROHANI MENUJU BARZAKH
Lalu Barat menyangka bahawa lukisan itu adalah karya orang desawa sebelum muncul sistem tulisan! Kononnya lukisan itu menggambarkan 'perjalanan rohani' si mati yang ditinggalkan dalam sebuah keranda berbentuk sampan!Walhal semua orang tahu bahawa kanak-kanak pantang melihat dinding, pastilaah dia akan melukis semahunya!
Saya pernah buat - menconteng dinding - semasa kecil. Anak saudara saya sekarang ini juga gemar menconteng dinding ketika tidak diperhatikan. Dan sekolah juka gemar menconteng dinding yang dinamakan sebagai Mural, sedangkan anak-anak remaja menamakannya sebagai grafiti!
Gua Niah terletak hampir 4KM dari tebing sungai yang penuh buaya. Justeru bagaimana mungkin manusia dalam Gua Niah sangat akrab dengan sampan sampaikan menjadikannya keranda. Begitu juga dalam lukisan terdapat kapal besar yang mengangkut puluhan manusia, tetapi kapal tersebut tidak terdapat di lokasi Gua Niah dan tidak mungkin mampu dicapai pemikirannya oleh manusa 'pra sejarah' yang hidup dalam gua tersebut!
KAMPUNG SINGGAH BAGI PEKERJA SARANG BURUNG
Justeru sesiapa yang pernah mengunjungi Gua Madai akan kehairanan melihat sebuah kampung tanpa penghuni! Berderet rumah yang dibangun di mulut gua secara rapat, ada yang baharu dan ada yang sudah usang tetapi senyap sunyi tak berbunyi! Adalah sekitar 20 orang kampung yang menjaga sekaligus mengawal gua dari dimasuki pencuri sarang.Begitulah, sebuah tapak arkeologi yang Tom dan Barbara jumpa adalah "Kampung Singgah" kepada para pencari sarang burung dan Gua Lukisan adalah tempat mereka meninggalkan anak-anak mereka ketika ibu bapa mereka bekerja di dalam gua. Gua Lukisan adalah "Taski Singgah".
Dalam Islam, tidak wujud zaman Paleolitik, Neolitik dan Mesolitik; itu adalah aqidah batil yang dicipta oleh para arkeolog Barat untuk membenarkan teori Evolusi dari Charles Darwin.
KISAH DI BALIK LUKISAN GUA NIAH
Widad melukiskan sebuah naratif cerita Ashabul Ghulam, sebuah kisah benar yang dibicarakan oleh Nabi kepada para sahabatnya lalu diwarisi secara lisan dan juga kemudian tulisan. Ustaz Hidayat dan Ustazah Naemah menceritakan kisah tersebut kepada anak mereka, Widad, lantas Widad menggunakan imijinasi dan kreativitinya untuk melakarkan kisah tersebut dengan pensil.Begitulah juga dengan lukisan didalam Gua Niah yang dilkakarkan oleh kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka saat mencari sarang burung.Naratifnya menceritakan bahawa keturunan mereka melarikan diri dengan kapal besar dari Benua Asia yang diperintah oleh Maharaja zalim. Kemudian mereka di kejar oleh kapal tentera tetapi sebahagian mereka sempat meloloskan diri, lalu terdampar di Borneo.
Imej sampan besar yang mereka gunakan terlukis dengan jelas, begitu juga imej sampan tentera yang mengejar. gambar Mahajara yang zalim juga terdapat dan tentera Mahajara itu digambarkan dengan watak "raksaksas" yang membawa emosi zalim dan bengis serta tidak berperi kemanusiaan.Kisah ini menunjukkan bagaimana penduduk pribumi Borneo sampai dari penghijrahan akibat peperangan dan pengusiran dari Benua Tanah besar Asia zaman silam.
KERANDA SAMPAN
Jika benar lukisan adalah perjalanan rohani si mati yang ditinggalkan di situ, maka kenapakan sampan yang digambarkan merupakan Kapal Besar penuh penghuni! Lagipula selalunya agamawan akan menceritakan bahawa perjalanan rohani akan mulus tak terhadang oleh raksasksa, lantas jika yang jahat akan masuk neraka!Makanya mana lukisan neraka?Jadi sepatutnya jika ia benar lukisan Perjalanan Maut Menuju Akhirat, pastilah mereka melukis sampan kecil secara bersendirian yang menjadi keranda si mati!
Oleh itu, keranda dengan mayat yang ada di Gua Niah adalah para pekerja yang mati terjatuh dan yang mati sakit ketika musim Menuai yang berlaku 3 kali setahun. Mahu tidak mahu maka mayat tersebut terpaksa di tanam di kawasan gua, ketimbang mereka membawa pulang ke kampung halaman mereka di bawah bukit.
Malah dalam beberapa tamaddun, seperti Tibet, mereka membawa mayat ke atas gunung dan mengadakan upacara sadis! Sementara itu maharaja China dalam beberapa tamaddun akan ditanam di dalam gua di atas bukit.Jadi kewujudan keranda berbentuk sampan dalam Gua Niah bukanlah misteri!
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment