OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Sharif Makkah yg menganut mazhab Asyaariyah serta memiliki ulama yg bernama Ahmad Zaini Dahlan, telah membuat perjanjian dengan British bagi membolehkan dirinya bergelar Khalifah.
Ahmad Zaini Dahlan pula telah menerima Snock Hugrunje yg memeluk Islam dengan nama Abdul Ghafur, dan memberikan surat rekomendasi (tazkiyah) sehingga anak murid kesayangannya pergi ke Jawa dan Acheh lalu menggerakkan usaha mengkristiankan orang Melayu.
Juga Pegawai British bernama Lawrance ditugaskan membantu Makkah dalam usaha menjayakan Revolusi Menentang Turki.
Wahabi:
Najd bukan jajahan Turki. British menghantar spy yg bernama St. John Philby untuk mendekati Kerajaan Wahabi. St. John Philby terpaksa 'masuk Islam' untuk mencapai tujuan tersebut, dengan nama Abdullah. Tetapi akhirnya si munafik ini dapat dihidu oleh Raja lantas menghalau dan menghukum buang negara!
Wahabi sangat dibenci oleh British sehingga mereka selalu berjaga-jaga dengan gerakan Wahabi. W.W. Hunter dalam bukunya yang berjudul "The Indian Musalmans": "Tidak ada ketakutan bagi Inggris di India melainkan terhadap kaum Wahhabi, kerana merekalah yang menyebabkan rusuhan dalam rangka menentang Inggris dan membangkitkan semangat umat dengan atas nama jihad untuk memusnahkan penindasan akibat dari ketidaktundukan kepada Inggris dan kekuasaan mereka. (Lihat: W.W. Hunter, “The Indian Musalmans”)
Prof Dr Hamka berkata dalam "Dari Perbendaharaan Lama": "Dan Wahabi pun ditakuti oleh bangsa-bangsa penjajah, karena apabila dia masuk ke suatu negeri, dia akan mengembangkan mata penduduknya menentang penjajahan. Sebab faham Wahabi ialah meneguhkan kembali ajaran Tauhid yang murni, menghapuskan segala sesuatu yang akan membawa kepada syirik. Sebab itu timbullah perasaan tidak ada tempat takut melainkan Allah. Wahabi adalah menentang keras kepada Jumud, yaitu memahamkan agama dengan membeku. Orang harus kembali kepada Al-Qur’an dan Al-Hadits".
TAHUN 2014 MENJADI SAKSI BAHAWA BARAT MENDOKONG SYIAH DALAM MEMERANGI WAHABI
Asy-Syaikh Abul Yaman Adnan berkata dalam siri terakhir peperangan antara Syiah dengan Salafiyah di Dammaj, Yaman yang dengan ini menamatkan peperangan yang banyak mengorbankan pejuang Sunnah. Malah sebelum ini gugur beberapa pelajar Malaysia dan terbaru (ketika artikel ini ditulis) dikhabarkan terkepung sebanyak 17 rakyat Malaysia di Universiti Darul Hadis, Dammaj, Yaman. Syeikh Abul Yaman Adnan berkata:
Presiden (Yaman) berkata kepada Asy-Syaikh (YahyaAl Hajuri): "Jika kamu ingin bertahan sampai titik darah penghabisan maka terserah padamu, akan tetapi Amerika, Britan dan Prancis menyokong Hutsiy (Rafidhah) dan aku inginkan keselamatan untuk kalian, maka pindahlah kamu ke Hudaidah. Mereka ingin menggugurkan bom dengan menggunakan pesawat tempur dan aku menahan mereka, ini adalah persekutuan negara-negara, semoga Allah menyelamatkan da'wah dari kejahatankan mereka".
Jelas bahawa Barat mendokong kumpulan Shabab al-Muminin yang merupakan Syiah Zaidiyah dari Suku Houthi. Mereka yakni Barat berusaha untuk meletupkan Universiti Darul Hadis yang dibina oleh Salafi. Malah mereka senantiasa menghujani Dammaj dengan peluru dan mortar!
NOTA: Universiti Darul Hadis di Dammaj telah dimusnahkan oleh Syiah pada hari ini.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman ~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Kemunculan Misteri Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment