OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Satu pertanyaan yang pada mulanya dianggap gila tapi apabila kita meneliti penghujahhannya maka kita akan terduduk seketika:
“Bukti terdapat bahawa Ka’bah adalah sebuah Kuil Hindu dan Muhammad menciplak ajarannya lalu membikin agama baharu – Islam”
Ini bicaranya para Hinduisme dan para arkeologi dan historian dalam menggugat Islam.
Saya terjumpa artikel ini ketika meluncuri internet. Ia ibarat sebuah gimik atau langkah kaum populis untuk membikin kemurtadan kaum Samawi kepada agama Paganis.
Hujahnya mudah; berbekal sebuah catatan sejarah yang dijumpai di dalam Ka’bah lalu disimpan di Istanbul – Catatan Raja Vikramaditya yang menceritakan bahawa bangsa Arab menganut ajaran Hindu dan juga menggambarkan bahawa bangsa Arab bernaung di bawah jajahan Kerajaan Hindu.
Justeru maknanya adalah Ka’bah itu dibikin oleh Raja Vikram untuk menyembah Tuhan Siva.
Kemudiannya para penda’wah Hindu berganjak kepada persoalan yang lebih rumit dan besar; bahawa Muhammad itu melakukan plagiat dengan meniru ajaran-ajaran agama yang telah ada lalu mengadopsi kedalam ajaran beliau lalu menamakannya Islam.
Teksnya berbunyi begini:
“Beruntunglah mereka yang lahir dan hidup di masa kekuasaan Raja Vikram. Dia adalah orang yang berbudi, pemimpin yang murah hati, berbakti pada kemakmuran rakyatnya. Tapi pada saat itu kami bangsa Arab tidak mempedulikan Tuhan dan memuaskan kenikmatan berahi. Kejahatan dan penyiksaan terjadi di mana-mana. Kekelaman dosa melanda negeri kami. Seperti domba berjuang mempertahankan nyawa dari cakaran kejam serigala, kami bangsa Arab terperangkap dalam dosa. Seluruh negeri dibungkus kegelapan begitu pekat seperti malam bulan baru. Tapi fajar saat ini dan sinar mentari penuh ajaran yang menyejukkan adalah hasil kebaikan sang Raja mulia Vikramaditya yang pimpinan bijaksananya tidak melupakan kami – yang adalah orang-orang asing. Dia menyebarkan agamanya yang suci diantara kami dan mengirim ahli2 yang cemerlang bersinar bagaikan matahari dari negerinya kepada kami. Para ahli dan pengajar ini datang ke negeri kami untuk berkhotbah tentang agama mereka dan menyampaikan pendidikan atas nama Raja Vikramaditya. Mereka menyampaikan bimbingan sehingga kami sadar kembali akan kehadiran Tuhan, diperkenalkan kepada keberadaanNya yang suci dan ditempatkan di jalan yang Benar.” [`Sayar-ul-Okul’ ms 315]
Ini juga menunjukkan bahawa Hindu berupa agama tertua dan agama yang benar sementara Islam baru sahaja lahir dan boleh diragui kebenarannya lantaran dalam sisi ajarannya terdapat banyak ciri-ciri agama lain.
Buktinya seperti perkataan Allah yang dikatakan bersumber dari perkataan Sanskrit bermaksud Tuhan Akka, begitu juga dengan amalan haji yang menyerupai amalan Hindu mengunjungi Sungai Gangga.
Inilah hujjah mereka dalam menegakkan agama mereka dan cobaan menelanjangi Islam.
Lalu bagaimana mahu kita jawab kerna mereka bawakan bukti arkeologi serta linguistik.
Tuan-tuan, kita akan jawab dari beberapa sisi;
Pertamanya kalau disoal “Apakah Hindu yang membina Ka’bah” maka jawabannya mudah, tak ruwet dan rumit. Ditinjau dari seni bina Ka’bah. Apakah ada di situ senibina Hindu? Jawabanya tidak ada. Kerana tiada sifat-sifat kesenian dan corak bina bangsa India terutamanya dari Tamaddun Era Vikram.
Justeru bagaimana kalau ka’bah sebagai kuil itu dibina oleh bangsa Hindu sedangkan senibinanya tidak ada sentuhan agama Hindu? Kan itu satu yang pelik.
Justeru dari segi senibinanya menunjukkan bahawa Ka’bah tidak dibangunkan oleh bangsa Hindu, melainkan didirikan oleh Abraham. Jadi, jawapan kepada agama apa yang mendirikan Ka’bah itu mudah, iaitu agama Abraham atau orang Arab memanggilnya sebagai Ibrahim.
Lalu apakah agama Ibrahim? Dia penyembah patung Gajah bertangan banyak - Ganesh? Atau penyembah Tuhan yang separa Lelaki dan Separa Perempuan – Ardhanarishwara?
Tidak.
Jawapannya dia menyembah Tuhan yang satu. Abraham memanggil Tuhan yang Tunggal itu dengan bahasanya sendiri. Tetapi orang Arab memanggil Tuhan Tunggal itu dengan panggilan “Allah”.
Kan mudah difahami begitu.
Keduanya ialah “Apakah Ka’bah pernah menjadi kuil sarang penyembahan berhala?”.
Jawapannya sudah gambling; bahawa Muhammad memusnahkan 360 patung berhala ketika pembukaan Makkah!
Jadi, apakah yang dirungsingkan lagi, sejarah telah buktikan bahawa Ka’bah pernah menjadi tempah penyembahan selain Allah.
Tetapi sejarah ini juga menggambarkan bahawa Tuhan-Tuhan ini tidak dapat menjaga kesucian dan keselamatan mereka ketika Muhammad menebang batang leher “perwakilan” mereka yang berupa patung itu.
Seperti kita ditanya oleh orang, Apakah Gereja Christ of the Light di Sepanyol pernah menjadi Masjid sebelum ditukar kepada gereja?”. Pasti pakar sejarah akan mengatakan “benar”.
Tetapi kita mau bertanya kepada cerdik pandai Hindu, sebelum perluasan wilayah oleh Raja Vikram ini, apakah agama bangsa Arab sebelum mereka melupakan Tuhan mereka?
Seperti kita tanyakan kepada bangsa Sepanyol, apakah sebelum Mosque of Christ of the Light ini ditukar kepada gereja, ia memang didirikan oleh orang Islam?
Jawapannya tidak, sebenarnya ia memang sebuah gereja sebelum Toledo diIslamkan.
Begitulah; sebelum Ka’bah menjadi kuil hindu, agama yang dianut dan agama manusia yang mendirikan ka’bah adalah Islam.
Justeru, apa yang kita bingungkan?
Apakah dengan terbuktinya wujud patung hindu, wujud teks Raja Vikramaditya (entah benar entahkan tidak), wujud sebutan sebutan Sanskrit dalam bahasa Arab, membuktikan bahawa agama Hindu merupakan agama yang benar pada segi logika, segi filsafatnya dan dari segi kerohaniannya?
Harus ketahui bahawa dalam Islam, Hindu tidaklah disebut secara sempurna perkataannya kerana Islam memiliki nama lain untuk menggambarkan Hindu iaitu agama Majusi.
Jadinya, sebelum kelahiran Muhammad, bangsa Arab memang ada yang beragama Majusi iaitu Hindu dan menyembah Api, serta ada yang beragama filsafat seperti menyembah “Tuhan Gelap dan Terang”: Zoroastrianisme.
Jadi kedatangan Muhmmad hanyalah meneruskan kembali ajaran agama para nabi terdahulu seperti ajaran nabi Nuh.
Ini memberi gambaran bahawa setiap ajaran yang telah berlangsung sekian lama pasti akan wujud sekte-sekte yang tersesat. Begitu juga dengan ajaran Nabi Nuh; disesatkan oleh manusia sesudah itu lalu Tuhan Allah menurunkan seorang lagi rasul untuk membetulkan ajaran yang telah diselewengkan. Begitulah juga kedatangan Abraham yang meneruskan dan membersihkan agama samawi itu dari kontaminasi kaum penyesat, sehingga dia mendirikan Ka’bah.
[kemudiannya kaum Hindu mempersoalkan siapakah yang membina Ka’bah; apakah Abraham atau Solomon]
Begitu juga akhirnya Muhammad dari bangsa Arab diutus untuk meneruskan ajaran Abraham, Solomon, David, Jacob dan banyak lagi para nabi. Harus diingati bahawa nabi-nabi ini berbahasa dalam bahasa mereka sendiri, tetapi oleh kerana Muhammda itu bangsanya Arab, maka umat sesudah dia mengenali para utusan ini dalam bahasa Arab. Saya nyatakan ini kerana ada kaum Hindu yang mempersoalkan panggilan para nabi ini; padahal mempersoalkannya seperti menyatakan diri penyoal itu seperti otak senteng.
Oleh kerana itu, sudah pasti ajaran Hindu yang tak menuhankan Tuhan Tunggal dihapuskan oleh Muhmammad. Jadi kita bersetuju bahawa sebelum kedatangan Muhammad, Ka’bah pernah digunakan untuk memuja dewa dewi dan berlangsung ajaran Hindu - penyembah beehala.
Jadi satu persoalan yang menarik ialah sebelum kedatangan agama Hindu, apakah belum ada agama, dan apakah benar dakwaan bahawa sebenarnya agama Hindu itu adalah salah satu ajaran Tuhan tetapi kemudian diselewengkan dan jadilah orang-orang Hindu menyembah para dewa dewi?
Kalau kita katakan bahawa agama Hindu adalah agama yang muncul pertama sekali, maka ini adalah satu pembohongan. Kerana kita harus akui bahawa “ketiadaan rekod” bukanlah menafikan sesuatu itu. Kalau kita bersetuju bahawa sebelum agama Hindu diselewengkan, pasti manusia di saat itu menjalankan ajaran Tuhan termasuklah melakukan haji. Namun setelah diselewengkan sehingga kini, maka apabila Muhammad datang, dia harus memberi tunjuk ajar yang betul tentang haji, iaitu bukan ke Gangga tetapi ke Makkah, berhaji seperti yang kita lihat hari ini. Ini dapat dilihat bahawa haji sudah ada sejak sekian lama.
Oleh itu, mengatakan bahawa Muhammad menciplak agama-agama lain lalu dihimpun menjadi ajaran baru – Islam – merupakan satu kenyataan yang tak berasas yang lahir dari orang yang tidak membuat kajian dan memahami Islam.
Kerana agama samawi itu wujud secara fitrah iaitu apabila manusia pertama diturunkan, dia dibekali dengan keyakinan yang murni –mengesakan Tuhan yang satu. Lalu ajaran ini disambung oleh Muhammad, malah dia sendiri telah menerangkan hal ini, serta dalam teks Al Quran turun dinyatakan!
Tentang bahasa pula, iaitu sumber asal kalimat Allah yang dikatakan diambil dari nama Tuhan Mentari dalam bahasa Sanskrit, ia bisa kita pecahkan kepada 2 hal;
Pertama sifat bahasa secara tabi’i dan ke dua adalah tentang Tuhan itu sendiri.
Kalau kita mengerti tentang linguistik, iaitu bahasa harus bersifat dinamik, dan harus bisa untuk meminjam kata dari bahasa lain agar ia terus relevan dan berlangsung. Maka bahasa Arab juga begitu sifatnya; meminjam kata dari banyak bahasa termasuklah bahasa Sanskrit.
Seperti bahasa Melayu yang meminjam kata “tuala”, atau “garpu” yang berasal dari kata Portugis, ia tidak memberi pentafsiran bahawa kita adalah bangsa Portugis dan beragama dengan agamanya bangsa mereka.
Setelah kita memahami tabiat bahasa yang selalu dinamik, maka kita akan mempersoalkan kembali; “Sebenarnya Allah itu Tuhannya yang satu bagi bangsa Hindu sebelum wujud tuhan-tuhan lain - para dewa dewi yang disembah oleh mereka -, atau ketika para sami Hindu yang menyebarkan da’wah kepada bangsa Arab, mereka – para sami – itu adalah pemuja Allah [Tuhan Akka] lalu bagi bangsa Arab yang sudah punya nama lagi bagi Tuhan maka mereka mengambil kata Akka dan meletakkan nya pada erti Tuhan Tunggal?”
(Contohnya kata cawan merupakan serapan dari bahasa Cina. Itu tidak menafikan bahawa umat Melayu tidak memiliki nama sendiri untuk cawan. Hanya sahaja perkataan cawan itu menjadi masyhur dilidah Melayu)
Saya tidak akan bertele-tele membahaskan kalimat Allah, dan beberapa perkataan lain yang didakwa berasal dari kata Sanskrit kerna saya percaya bahawa orang yang tidak belajar ilmu Linguistik dan antropologi tidak akan mengeri perbezaan antara Allah dan Akka, sama ada dari sebutannya, sifat jenis bahasanya dan maknanya.
Bahawa sebenarnya yang menyelewengkan agama yang benar adalah mereka – Hindu, lalu Islam datang membetulkan kembali.
Justeru, untuk membantah Islam, yang paling berkesan adalah dengan menggunakan epistimologi Islam itu sendiri iaitu menggunakan Al Quran dan Al Hadith.
Maka, kita menyeru kepada para penda’wah Hindu, kalau mau buktikan Hindu benar dan sesatnya Islam, maka harus kalian membuktikan kesalahan 2 sumber ilmu Islam itu, dan buktikan juga agama kalian rasional dari segi logika, filsafatnya dan kerohaniannya.
Saya tidak akan menganut agama yang memiliki Tuhan yang rupanya hanya Bangsa India kerna saya mahu juga Tuhan yang mempunya muka dari Bangsa Melayu (ini sekadar bantahan sahaja, kerana dalam Islam, kita tidak mengetahui bagaimana rupa dan wajah Tuhan dan kita tidak boleh menggambarkannya).
P/S: Penulisan ini ditulis oleh Abu Amru pada tahun 2003 di dalam blog peribadinya yang telah dilupuskan. Kini, RMB sudi untuk menyiarkan kembali artikel ini untuk manfaat semua Insyaallah.
___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Sejarah Dan Tradisi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .
Comments
Post a Comment