Spy British Yang Menyusup Masuk Ke "House Of Saud"

OLEH: Abu Amru Radzi Othman



Betapa banyak orang awam menyangka Lawrance of Arabia adalah spy British yang berkerja sama dengan Saudi. Sebenarnya fakta tersebut silap. British menghantar Harry St John Bridger Philby untuk menjalankan tugas tersebut. Philby masuk Islam dengan nama baharu Abdullah untuk mencapai tugasnya. Namun akhirnya dia dibuang negara setelah ada perselisihan dengan Raja Saudi.

Thomas Edward Lawrence pula adalah spy yang dihantar menghadap wakil Turki di Makkah iaitu Sharif Husein bagi menjayakan hasrat Sharif Hussein merajai dunia arab dan menjadi Khalifah. Namun malangnya setelah Sharif Makkah melakukan Revolusi Arab, maka British sekadar memberikan sebuah negara kecil kepadanya iaitu Jordan! Thomas Edward Lawrence menjadi "hero" kepada Sharif Makkah. Lawrance tetap kafir dan dia diterima dalam kekafirannya itu.

Nasib Lawrance dan Philby sangat berbeza kerana mereka menghadapi 2 mazhab yang berbeza.

___________________________
Abu Amru Radzi Othman



Dapatkan buku Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah! Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI .


Comments